SEMAK BAYARAN MYKASIH 2026 : SEMAKAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Bantuan SARA MyKasih dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima sedia ada dan penerima baharu. Namun, masih ada sebahagian penerima yang tidak mengetahui bahawa mereka layak menerima dan menggunakan bantuan untuk beli barang keperluan asas dengan MyKad.
Bagaimanakah semak bayaran Bantuan SARA MyKasih dalam MyKad? Rujuk panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : JADUAL BAYARAN SARA EKASIH 2026
SYARAT PENERIMA BAYARAN MYKASIH 2026
Tanpa perlu kemukakan permohonan, Bantuan SARA MyKasih dibayar secara automatik ke dalam MyKad penerima yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
- Warganegara : Malaysia.
- Had Umur :
- Isi Rumah – 18 tahun dan ke atas.
- Bujang – 21 hingga 59 tahun.
- Warga Emas – 60 tahun dan ke atas.
- Kadar Pendapatan :
- Bukan Miskin : RM2,500 sehingga RM5,000 sebulan.
- Miskin Tegar : Bawah Garis Kemiskinan (PGK) dan tersenarai dalam rekod data e-Kasih.
- Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Lulus Fasa 1 2026.
BILANGAN PENERIMA BAYARAN MYKASIH 2026
Namun, hanya seramai 8.1 juta rakyat Malaysia yang dipilih menerima bayaran Bantuan SARA MyKasih dalam MyKad, melibatkan kategori seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BILANGAN PENERIMA |
|---|---|
| Isi Rumah (Bukan Miskin & Miskin Tegar) | 3.7 juta penerima |
| Bujang (Bukan Miskin & Miskin Tegar) | 1.3 juta penerima |
| Warga Emas (Bukan Miskin & Miskin Tegar) | 3.1 juta penerima |
JUMLAH BAYARAN MYKASIH 2026
Jumlah bayaran Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad adalah mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | ISI RUMAH | BUJANG | WARGA EMAS |
|---|---|---|---|
| Bukan Miskin | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun | RM50 sebulan hingga RM600 setahun | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
| Miskin Tegar | RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun | RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun |
TARIKH BAYARAN MYKASIH 2026
Kerajaan telah menetapkan tarikh bayaran Bantuan SARA MyKasih dalam MyKad penerima yang layak seperti berikut :
- 09/01/2026 & 16/01/2026 (Jumaat).
- 01/02/2026 (Ahad).
- 01/03/2026 (Ahad).
- 01/04/2026 (Rabu).
- 01/05/2026 (Jumaat).
- 01/06/2026 (Isnin).
- 01/07/2026 (Rabu).
- 01/08/2026 (Sabtu).
- 01/09/2026 (Selasa).
- 01/10/2026 (Khamis).
- 01/11/2026 (Ahad).
- 01/12/2026 (Selasa).
SEMAK BAYARAN MYKASIH 2026
Untuk mengetahui status kelayakan dan status bayaran Bantuan SARA MyKasih sama ada telah dikreditkan atau belum dalam MyKad, sila buat semakan seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini :
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.