SEMAKAN NAMA PENERIMA SARA RM100 2025
Nama penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang layak terima RM100 setiap seorang secara automatik telah direkodkan daripada data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Bagaimanakah semakan nama penerima SARA RM100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN ONE OFF SARA RM100 – SEMAK CARA CHECK STATUS
JUMLAH NAMA PENERIMA SARA RM100 2025
Nama-nama penerima yang disahkan ‘Layak’ menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 telah direkodkan seramai 22 juta penerima yang terdiri daripada golongan bujang, isi rumah serta warga emas.
FUNGSI BANTUAN SARA RM100 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan dalam MyKad sebanyak RM100 adalah berfungsi untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai di lebih 7,300 kedai atau pasar raya seluruh Malaysia.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA RM100 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tidak mengira jumlah pendapatan.
TARIKH PENERIMAAN SARA RM100 2025
Penerimaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 melalui Kad Pengenalan (MyKad) adalah bermula pada 31 Ogos 2025 (Ahad) dan boleh digunakan pada bila-bila masa sehingga 31 Disember 2025 (Rabu).
SEMAKAN NAMA PENERIMA SARA RM100 2025
Untuk mengetahui nama anda ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100, ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila layari Laman Portal Rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
- Halaman utama ‘Penghargaan SARA ‘ akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100One-off.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
*Status kelayakan penerima akan dipaparkan seperti berikut :
Nama Program | Penghargaan SARA |
Status | Layak |
Tarikh Program Bermula | 31/08/2025 |
Tarikh Program Berakhir | 31/12/2025 |
Baki (RM) | 100.00 |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/documents/penghargaan_sara_faq_20250821.pdf.