SEMAK SARA 100 MYKAD : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK SARA 100 MYKAD : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

MyKad digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuk penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan secara one-off (sekaligus) kepada 22 juta pemegang MyKad yang tersenarai dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bagaimanakah semak SARA 100 MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN SARA MYKASIH : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK SARA 100 MYKAD

Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA RM100 Dalam MyKad, ikuti cara semakan berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 di sini : https://sara.gov.my.
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. ⁠Sila klik [Semak Kelayakan] untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  5. ⁠Masukkan Nombor Mykad anda pada ruangan yang telah disediakan.
    • Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. ⁠Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
  7. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  8. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  9. ⁠Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  10. ⁠Selesai.

TARIKH KREDIT SARA 100 MYKAD

Bantuan SARA RM100 akan dikreditkan dalam MyKad mengikut tarikh seperti berikut :

TARIKH MULA KREDITTARIKH AKHIR GUNA
31 OGOS 2025 (AHAD)31 DISEMBER 2025 (RABU)

KEGUNAAN SARA 100 MYKAD

Bantuan SARA RM100 Dalam MyKad untuk digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :

  • Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  • Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).

CARA GUNA SARA 100 MYKAD

Ikuti cara guna Bantuan SARA RM100 Dalam MyKad seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih SARA berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 100 MYKAD

Berikut merupakan soalan-soalan lazim berkaitan Bantuan SARA RM100 Dalam MyKad :

S : Adakah semua rakyat akan menerima Bantuan SARA RM100 Dalam MyKad?

J : Hanya rakyat yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.

S : Adakah rakyat yang berpendapatan RM5,000 ke atas juga layak terima Bantuan SARA RM100 Dalam MyKad?

J : Ya. Ianya diberikan tanpa mengira jumlah pendapatan penerima.

S : Bolehkah buat pengeluaran tunai Bantuan SARA RM100 Dalam MyKad?

J : Tidak boleh. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tanpa tunai (cashless) sahaja.

S : Bilakah boleh guna Bantuan SARA RM100 Dalam MyKad?

J : Boleh digunakan bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/documents/penghargaan_sara_faq_20250821.pdf.

Leave a Comment