SARA SEMAK RM100 2025 – SEGERA CHECK STATUS ANDA!
YAB Perdana Menteri Ke-10 telah mengumumkan sebuah penghargaan khas kepada rakyat Malaysia iaitu akan menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada semua 22 rakyat Malaysia dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM2 billion.
Bagaimanakah semak status SARA RM100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK MYKASIH SARA ONLINE – SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG!
KRITERIA PENERIMA SARA RM100 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 akan disalurkan kepada rakyat Malaysia yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tidak mengira jumlah pendapatan.
TARIKH BAYARAN SARA RM100 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 akan dibayar kepada semua penerima secara serentak pada tarikh seperti berikut :
- 31 Ogos 2025 (Ahad) Bersamaan Hari Kebangsaan Merdeka Ke-68.
KAEDAH BAYARAN SARA RM100 2025
Kerajaan MADANI akan melaksanakan bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara tanpa tunai (cashless) sekaligus automatik terus ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.
SARA SEMAK RM100 2025
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100, ikuti cara semak status berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 di sini : https://sara.gov.my.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila klik [Semak Kelayakan] untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Mykad anda pada ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA RM100
Berikut merupakan soalan-soalan lazim berkaitan Bantuan SARA RM100 :
J : Tidak. Kerana Bantuan SARA RM100 berikan secara automatik berdasarkan data pemegang MyKad Warganegara Malaysia daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
J : Boleh digunakan bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.
J : Ya. Setiap seorang akan menerima RM100 dalam MyKad.
J : Antara barangan yang boleh dibeli adalah Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.