CARA CLAIM SARA : (RM100 2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA DALAM MYKAD
Seramai 22 juta rakyat Malaysia boleh claim (tebus) Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana-mana kedai atau pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia melalui pembelian barangan keperluan asas dengan hanya menggunakan MyKad.
Bagaimanakah cara claim SARA dan semak status kelayakan penerima? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS E KASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
TARIKH CLAIM SARA
Claim Bantuan SARA adalah pada tarikh berikut :
- Bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.
*Nota : Sekiranya penerima tidak claim Bantuan SARA sebelum 31 Disember 2025, ianya akan luput.
CARA CLAIM SARA
Panduan cara-cara claim Bantuan SARA adalah seperti di bawah :
- Kunjungi kedai yang menerima bayaran SARA.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan dan resit akan diberikan.
JUMLAH CLAIM SARA
Setiap kategori hanya boleh claim Bantuan SARA sebanyak jumlah berikut :
- ISI RUMAH : RM100 (Suami) + RM100 (Isteri).
- WARGA EMAS : RM100 (Seorang).
- BUJANG : RM100 (Seorang).
SENARAI PREMIS CLAIM SARA
Bantuan SARA boleh ditebus (claim) di mana-mana 4,100 rakan runcit di seluruh negara termasuk :
- Mydin.
- Giant.
- Econsave.
- The Store.
- Pacific.
- Milimewa.
- 99 Speedmart.
- Lotus Stores (Tesco).
- TF Mart.
- Lulu Supermarket.
- Serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
SYARAT CLAIM SARA
Hanya individu yang memenuhi syarat berikut sahaja boleh claim Bantuan SARA :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Bujang / Berkeluarga / Warga Emas;
- Tidak mengira jumlah pendapatan.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA
Bermula 21 Ogos 2025, anda boleh mula menyemak status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA.
Ikuti cara semakan status kelayakan penerima Bantuan SARA seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.