CHECK SARA DALAM IC : CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA 2026

CHECK SARA DALAM IC : CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA 2026

Setiap awal bulan sepanjang tahun 2026, elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan dalam IC penerima dengan amaun diberikan mengikut kategori dan kelayakan masing-masing.

Bagaimanakah check status kelayakan penerima sara dalam ic? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD

SYARAT KELAYAKAN SARA

Syarat Kelayakan SARA dalam IC, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH SARA DALAM IC

Bantuan SARA akan dikreditkan dalam IC penerima yang layak seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAPENERIMA EKASIHPENERIMA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200
(Setiap Bulan Januari – Disember)
RM100
(Setiap Bulan Januari – Disember)
Warga Emas Tanpa PasanganRM150
(Setiap Bulan Januari – Disember)
RM50
(Setiap Bulan Januari – Disember)
BujangRM100
(Setiap Bulan Januari – Disember)
RM50
(Setiap Bulan Januari – Disember)

TARIKH BAYARAN SARA DALAM IC

Elaun bulanan SARA akan dikreditkan dalam IC penerima yang layak seperti tarikh berikut :

TARIKH BAYARANKATEGORI PENERIMA
9 Januari 2026Isi Rumah & Warga Emas Tanpa Pasangan
16 Januari 2026Bujang
1 Februari 2026Semua
1 Mac 2026Semua
1 April 2026Semua
1 Mei 2026Semua
1 Jun 2026Semua
1 Julai 2026Semua
1 Ogos 2026Semua
1 September 2026Semua
1 Oktober 2026Semua
1 November 2026Semua
1 Disember 2026Semua

KEGUNAAN SARA DALAM IC

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan setiap bulan di mana elaun akan disalurkan ke dalam IC atau Mykad (Kad Pengenalan) penerima secara bulanan khusus untuk dibelanjakan bagi mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA seperti :

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
  • Makanan Sejuk Beku : Nugget / Makanan Laut Beku / Ayam Beku

CHECK STATUS SARA

Status kelayakana SARA dalam IC boleh di check secara online melalui kaedah seperti berikut :

  • Portal SARA; dan
  • Portal MySTR

Semakan Status di Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Halaman Utama Portal akan dipaparkan.
  3. Tekan Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 200.00
  9. ⁠Selesai.

Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Layari Portal MySTR dan Log Masuk : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Klik (Semak Status Pemohonan).
  11. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  12. Selesai.

CARA TEBUS SARA DALAM IC

Penerima boleh menggunakan elaun bulanan SARA dalam IC untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut :

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  6. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

1 thought on “CHECK SARA DALAM IC : CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA 2026”

Leave a Comment