STR HASIL GOV MY : FASA 1 2026 SEMAKAN
Menjelang penyaluran bantuan tunai terbesar negara, orang ramai kini boleh mula melakukan semakan status dan maklumat permohonan melalui portal rasmi str hasil gov my. Kementerian Kewangan (MOF) telah mengesahkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 akan mula dikreditkan kepada penerima yang layak bermula pada akhir Januari ini. Melalui peruntukan fasa pertama berjumlah RM1.1 bilion, inisiatif ini bakal memanfaatkan kira-kira 3.7 juta isi rumah serta 1.3 juta warga emas tiada pasangan di seluruh Malaysia.
Bagi tahun ini, kerajaan telah menyatukan pemberian STR dengan bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi memperkukuh jaringan keselamatan sosial rakyat di bawah kerangka Ekonomi MADANI. Untuk memastikan anda tidak tercicir daripada menerima bantuan antara RM100 sehingga RM500 pada fasa pertama ini, setiap pemohon dinasihatkan untuk log masuk ke akaun peribadi di str hasil gov my. Portal ini bukan sahaja berfungsi sebagai platform semakan, malah menjadi saluran rasmi bagi proses permohonan baharu dan rayuan yang kini dibuka sepanjang tahun bagi mengurangkan risiko keciciran data.
Memandangkan proses verifikasi kini lebih ketat melibatkan semakan aset seperti pemilikan kediaman, kenderaan dan perniagaan, status kelayakan anda mungkin berubah mengikut data terkini agensi kerajaan. Oleh itu, sangat penting bagi setiap rakyat Malaysia untuk mengetahui cara navigasi yang betul di laman str hasil gov my bagi mengelakkan ralat maklumat atau terpedaya dengan pautan palsu yang tidak sah.
Bagaimanakah str hasil gov my fasa 1 2026? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS STR FASA 1 2026
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026
Menjelang tarikh pengkreditan, Kementerian Kewangan telah menetapkan garis masa rasmi bagi memastikan proses agihan dana berjalan lancar ke seluruh negara. Berikut adalah jadual tarikh bayaran STR Fasa 1 bagi tahun 2026 yang perlu anda ketahui:
| PERINGKAT | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR HASIL GOV MY
Demi menjamin keberkesanan agihan bantuan kepada golongan sasar, Kementerian Kewangan telah memperincikan syarat kelayakan bagi permohonan STR tahun ini. Berikut merupakan syarat-syarat khusus serta senarai kategori individu yang memenuhi kriteria untuk menerima manfaat bantuan tersebut:
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah (STR & SARA) | Pemohon – Warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia; – Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah. Pasangan – Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau – Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS). Anak – Hubungan mestilah Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau Anak Angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan – Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan – Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: > 18 tahun dan ke bawah; atau > 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS). |
| Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA) | – Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja; – Had umur 60 tahun dan ke atas; dan – Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah. |
| Bujang (SARA) | – Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja; – Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun hingga 59 tahun; dan – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; serta – Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah. |
KATEGORI PENERIMA STR HASIL GOV MY
Kerajaan telah menetapkan kumpulan sasar tertentu bagi memastikan agihan bantuan dilakukan secara lebih efisien. Berikut adalah ringkasan kategori penerima yang tersenarai dalam pemberian bantuan tahun ini:
| KATEGORI | PENERIMA STR HASIL GOV MY |
|---|---|
| Isi Rumah (STR & SARA) | – Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak. |
| Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA) | – Bujang; atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta – Had umur 60 tahun dan ke atas. |
| Bujang (SARA) | – Bujang; atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta – Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa. |
PAUTAN PORTAL RASMI STR HASIL GOV MY
Untuk permohonan dan semakan hanya boleh dibuat pada pautan portal rasmi di bawah:
| PERKARA | PAUTAN |
|---|---|
| Portal Rasmi STR Hasil | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
PERMOHONAN STR 2026
Berikut adalah panduan cara permohonan STR:
- Sila layari laman Portal Rasmi STR Hasil sebagaimana pautan yang telah diberi.
- Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Selesai.
SEMAKAN STR HASIL GOV MY
Berikut merupakan panduan cara semakan penerima STR Hasil:
- Sila layari laman Portal Rasmi STR Hasil sepertimana pautan yang telah dipaparkan.
- Masukkan nombor MyKad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN STR 2026
Bantuan STR Hasil Fasa 1 2026 akan dibayar kepada penerima mengikut jumlah berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Kasar Bulanan RM2,500 dan Ke Bawah | Tiada Anak: RM200 1 hingga 2 Anak: RM300 3 hingga 4 Anak: RM400 5 Anak dan Ke Atas: RM500 |
| Isi Rumah Pendapatan Kasar Bulanan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada Anak: RM100 1 hingga 2 Anak: RM100 3 hingga 4 Anak: RM150 5 Anak dan Ke Atas: RM200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan Kasar Bulanan RM5,000 dan Ke Bawah | RM150 |
| Bujang Pendapatan Kasar Bulanan RM2,500 dan Ke Bawah | Dibayar melalui SARA |
*Nota: Bagaimanapun jumlah bantuan di atas akan dibayar kepada penerima secara berperingkat selama empat (4) fasa mengikut jadual yang ditetapkan.
JADUAL BAYARAN STR 2026
Pembayaran Bantuan STR Hasil 2026 adalah mengikut jadual seperti berikut:
| FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Pertama (1) | Bermula 20 Januari 2026 |
| Kedua (2) | Akan Dimaklumkan |
| Ketiga (3) | – |
| Keempat (4) | – |
*Nota: Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR HASiL. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Layak ke saya untuk memohon mykasih