CARA TEBUS SARA RM100 : 2025 SEMAK BANTUAN SECARA ONLINE

CARA TEBUS SARA RM100 : 2025 SEMAK BANTUAN SECARA ONLINE

Setiap pemegang MyKad Warganegara Malaysia layak menerima SARA RM100 yang bakal dilaksanakan pada Hari Kebangsaan Malaysia 2025, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

Bagaimanakah cara tebus sara rm100? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SARA ONE OFF SEMAK : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK RM100 UNTUK SEMUA

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA RM100

Kelayakan penerima bantuan SARA ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:

  • Setiap Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas;
  • Tanpa mengira pendapatan;

CARA PENYALURAN BAYARAN SARA RM100

Bantuan RM100 one-off dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dan akan disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, dan boleh dibelanjakan untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara.

TARIKH PENYALURAN BAYARAN SARA RM100

Bantuan RM100 one-off atau SARA UNTUK SEMUA akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) bermula 31 Ogos 2025 (Ahad). Kredit RM100 ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja, dan baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.

CARA TEBUS SARA RM100

Penerima boleh menggunakan kredit SARA ONE-OFF untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  6. Selesai.

SENARAI BARANG BOLEH DI TEBUS GUNA SARA RM100

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA RM100 :

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA RM100

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA UNTUK SEMUA:

  1. Siapa layak menerima SARA RM100?
    • SARA RM100 ONE-OFF akan disalurkan kepada SETIAP RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas, termasuk penerima SARA 2025 dan bukan penerima SARA.
  2. Bagaimanakah cara mohon SARA RM100?
    • SARA RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada semua warganegara Malaysia yang layak melalui MyKad, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
  3. Adakah SARA RM100 boleh dikeluarkan secara tunai?
    • SARA RM100 HANYA boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan MyKad.
  4. Adakah barang yang berdaftar sahaja boleh menggunakan kredit SARA RM100?
    • Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima secara tunai.
  5. Bila boleh guna kredit SARA RM100?
    • Kredit SARA RM100 boleh digunakan bermula 31 Ogos 2025, dan SAH digunakan sehingga tarikh luputnya, 31 Disember 2025.
  6. Di manakah kedai atau premis runcit yang boleh guna kredit SARA RM100?

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment