SEMAKAN BANTUAN RM100 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN BANTUAN RM100 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Bantuan RM100 yang bakal dikreditkan adalah di bawah inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan bantuan tambahan khas diperuntukan oleh Kerajaan MADANI sempena Hari Kebangsaan Malaysia.

Bagaimanakah semakan Bantuan RM100? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : CHECK SARA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

KEGUNAAN BANTUAN RM100 2025

Bantuan RM100 yang dikreditkan adalah khas untuk digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :

  • Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  • Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).

*Nota : Pembelian hendaklah tidak melebihi Bantuan RM100.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RM100 2025

Semua penerima akan menerima bayaran Bantuan RM100 secara serentak pada tarikh berikut :

  • 31 OGOS 2025 (AHAD).

CARA BAYARAN BANTUAN RM100 2025

Kesemua penerima seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak) akan menerima Bantuan RM100 melalui cara bayaran yang sama seperti berikut :

  • Dibayar sekali sahaja secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad).

KRITERIA PENERIMA BANTUAN RM100 2025

Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Bantuan RM100 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had umur 18 tahun dan ke atas;
  • Terbuka kepada semua rakyat tanpa mengira jumlah pendapatan.

SEMAKAN BANTUAN RM100 2025

Status bayaran dan baki Bantuan yang ada dalam Kad Pengenalan boleh disemak seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
    • Google Play (Bagi pengguna Android); atau
    • App Store (Bagi pengguna iOS).
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
  7. Masukkan Nombor OTP yang betul.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  9. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  10. Klik pada butang [Next] di bawah.
  11. Status bayaran dan baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  12. Selesai.

SOALAN LAZIM BANTUAN RM100

  1. Adakah semua rakyat Malaysia akan menerima Bantuan RM100?
    • Ya, semua rakyat dewasa Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Adakah Bantuan RM100 dibayar hanya sekali sahaja atau setiap bulan?
    • Dibayar hanya sekali sahaja kepada 22 juta penerima dan dibayar setiap bulan kepada 5.4 juta penerima sedia ada.
  3. Apakah akan terjadi sekiranya Bantuan RM100 tidak digunakan?
    • Sekiranya Bantuan RM100 yang dikreditkan dalam MyKad tidak digunakan, bantuan tersebut akan luput dan akan diberikan kepada rakyat miskin dan miskin tegar pada sesi seterusnya.
  4. Dimanakah boleh guna Bantuan RM100?
    • Bantuan RM100 dalam MyKad boleh digunakan di lebih 4,100 kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment