SEMAK STATUS SARA RM100 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA
Bersempena Hari Kebangsaan Merdeka yang ke-68 tahun ini, Kerajaan MADANI akan menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 setiap seorang sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia.
Bagaimanakah semak status kelayakan penerima SARA RM100? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN RM100 MYKAD SEMAK : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
TARIKH BAYARAN SARA RM100 2025
Kerajaan MADANI akan mula membayar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 kepada setiap rakyat yang layak pada tarikh berikut :
- 31 Ogos 2025 (Ahad) Sempena Hari Kebangsaan Merdeka yang ke-68.
CARA BAYARAN SARA RM100 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 akan dilaksanakan secara sekaligus (one-off) melalui pengkreditan terus ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA RM100 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Terbuka kepada semua rakyat tanpa mengira jumlah pendapatan.
SEMAK STATUS SARA RM100 2025
Bermula 21 Ogos 2025, anda boleh mula menyemak status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100.
Ikuti panduan cara semak status seperti berikut :
- Layari laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Isikan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Tanpa sengkang (-) (Contoh ‘880230112345’).
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM BANTUAN SARA RM100
Berikut adalah soalan-soalan lazim berkaitan Bantuan SARA RM100 :
- Adakah semua rakyat akan menerima Bantuan SARA RM100?
- Hanya Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.
- Dimanakah boleh guna Bantuan SARA RM100?
- Terdapat lebih 4,100 kedai dan pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia.
- Apakah barang yang boleh dibeli dengan Bantuan SARA RM100?
- Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
- Bilakah boleh guna Bantuan SARA RM100?
- Bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.
- Adakah perlu mengemukakan permohonan untuk terima Bantuan SARA RM100?
- Tiada sebarang permohonan diperlukan kerana ianya diberikan secara automatik kepada 22 juta rakyat.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.