SEMAKAN BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Terkini! Kerajaan MADANI akan memulakan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dalam masa terdekat kepada 8.6 juta penerima yang layak, dengan jumlah bayaran sehingga RM650 bagi fasa ini.

Bagaimanakah semakan bayaran str fasa 3 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: STR SEMAKAN 2025 : (FASA 3) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 3 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

CARA SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 3 2025

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Pembayaran FASA 3] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Fasa 3 seperti berikut:

FASA PEMBAYARAN STRTARIKH MASUK BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 3
Mulai 12 Ogos 2025
(Selasa)

JUMLAH MASUK PEMBAYARAN STR FASA 3 2025

Amaun kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Fasa 3 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN STR FASA 3 (RM)
Isi rumah
Berpendapatan RM 2500 kebawah
RM 150 – RM 650
Isi rumah
Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
RM 150 – RM 300
Warga emas tiada pasanganRM 150
BujangRM 150

CARA PEMBAYARAN STR FASA 3 2025

Pembayaran STR 2025 adalah seperti berikut:

  1. Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  2. Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
    • Tiada Maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf

Leave a Comment