SEMAKAN BAYARAN BANTUAN B40 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN B40 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Pelbagai Inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan kewangan terutama golongan B40, dengan menyediakan bantuan secara tunai dan tanpa tunai bagi meringan beban kos sara hidup yang dihadapi.

Bagaimanakah semakan bayaran bantuan b40? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK BAKI SARA 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA CHECK BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD

SENARAI BANTUAN B40

Bantuan yang disediakan kepada golongan B40 2026 adalah seperti berikut:

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
KRITERIASUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Jenis BantuanBantuan Secara TunaiBantuan Tanpa Tunai dalam bentuk barangan asas
Cara PelaksanaanSecara Berfasa
(4 Fasa)
Secara Bulanan
(12 Bulan)
Kaedah BayaranDisalurkan secara tunai melalui akaun bank penerimaDisalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk perbelanjaan barangan keperluan asas

    SYARAT KELAYAKAN BANTUAN B40

    Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan B40 2026 mestilah terdiri daripada :

    • Isi Rumah
      • Bekahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
        menepati syarat;
      • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
    • Warga Emas Tiada Pasangan
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
      • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
      • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
    • Bujang
      • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
      • Berumur 21-59 tahun; dan
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
      • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
      • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

    KADAR BAYARAN BANTUAN B40

    Jumlah bayaran bantuan B40 yang akan disalurkan kepada penerima yang layak adalah seperti berikut :

    • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
    Isi rumah
    berpendapatan RM 2500 kebawah
    Tiada (0) Anak : RM700
    Anak 1 hingga 2 : RM1,200
    Anak 3 hingga 4 : RM1,700
    Anak 5 dan Ke atas : RM2,200
    Isi rumah
    berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
    Tiada (0) Anak : RM200
    Anak 1 hingga 2 : RM450
    Anak 3 hingga 4 : RM700
    Anak 5 dan Ke atas : RM950
    Warga emas tiada pasanganRM600
    BujangBayaran digantikan Bantuan SARA :
    RM50 Setiap Bulan
    (Total RM600 setahun)
    • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    KATEGORI PENERIMAPENERIMA
    MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIH
    PENERIMA
    BUKAN EKASIH
    Isi Rumah RM200 Setiap Bulan
    (Total Setahun : RM2,400)
    RM100 Setiap Bulan
    (Total Setahun : RM1,200)
    Warga Emas Tiada PasanganRM150 Setiap Bulan
    (Total Setahun : RM1,800)
    RM50 Setiap Bulan
    (Total Setahun : RM600)
    BujangRM100 Setiap Bulan
    (Total Setahun : RM1,200)
    RM50 Setiap Bulan
    (Total Setahun : RM600)

    SEMAKAN BAYARAN BANTUAN B40

    Status bayaran Bantuan B40 boleh di semak secara online seperti berikut :

    • Semak Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Portal MySTR;
    • Semak Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Portal SARA.

    Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

    1. Layari Portal Rasmi MySTR dan Log Masuk : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
    2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
    3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
    4. Tekan (Semak).
    5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
    6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
    7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
    8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
    9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
    10. Klik Semakan Status STR.
    11. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
      • Status Permohonan STR;
      • Jumlah Telah Dibayar;
      • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
      • Status Kelayakan SARA;
    12. Selesai.

    Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

    1. Layari Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
    2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
    3. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
    4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
    5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
    6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
    7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
    8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
      • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
      • Status : Layak
      • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
      • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
      • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima)
    9. ⁠Selesai.

    RUJUKAN LANJUT

    Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan B40, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

    Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

    • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
      Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
      e-Mel : [email protected]

    Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih

    • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
    • Waktu : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
    • e-Mel : [email protected]

    PENAFIAN

    Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

    Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

    Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

    Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
    https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026 dan https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

    2 thoughts on “SEMAKAN BAYARAN BANTUAN B40 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA”

    Leave a Comment