BAKI SARA ONE OFF : CARA SEMAKAN ONLINE BAYARAN BANTUAN RM100

BAKI SARA ONE OFF : CARA SEMAKAN ONLINE BAYARAN BANTUAN RM100

Kemudahan yang disediakan kepada penerima Bantuan SARA untuk menyemak baki yang ada secara percuma melalui aplikasi mudah alih serta kaunter dan kiosk yang berhampiran supaya dapat memudahkan penerima.

Bagaimanakah cara semakan baki bayaran Bantuan SARA One off? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN RM100 IC 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU SARA ONE OFF

SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang diperuntukan khas oleh Kerajaan MADANI sebagai bantuan tambahan kepada rakyat yang memerlukan. Namun, pembayaran secara one-off (sekaligus) diberikan kepada seluruh rakyat dewasa Malaysia tanpa mengira pendapatan.

Bantuan SARA yang dibayar secara one-off (sekaligus) ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia pada Hari Kebangsaan Merdeka yang ke-68 dan penerima boleh menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas di 4,100 kedai dan pasaraya terpilih.

KAEDAH BAYARAN SARA ONE OFF

Bayaran Bantuan SARA dilaksanakan melalui kaedah bayaran tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan terus ke dalam kad pengenalan (MyKad) dan boleh dibelanjakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :

  • Beras;
  • Biskut;
  • Bahan Perasa;
  • Minyak masak;
  • Mi segera;
  • Minuman;
  • Makanan dalam tin;
  • Telur;
  • Roti;
  • Produk kebersihan diri & rumah;
  • Ubat-ubatan; dan
  • Keperluan sekolah / pelajaran.

CARA GUNA BANTUAN SARA ONE OFF

Setiap penerima perlu menggunakan Bantuan SARA One-off mengikut cara berikut :

  1. Pergi ke kedai atau pasaraya terpilih yang berhampiran.
  2. Pilih barang keperluan yang ingin dibeli (rujuk label Sumbangan Asas Rahmah di rak tanda harga).
  3. Tunjukkan Kad Pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan penerima SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih dan mengesahkan bayaran menggunakan Kad Pengenalan.
  5. Resit bayaran akan diberikan dan perlu disimpan untuk semakan transaksi pembelian.

TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF

Bayaran Bantuan SARA One-off akan dilaksanakan pada tarikh :

  • 31 Ogos 2025 (Ahad) Bersempena Hari Kebangsaan (Merdeka).

*Penerima boleh menggunakannya pada bila-bila masa sebelum pada 31 Disember 2025 (Rabu).

CARA SEMAKAN BAKI BAYARAN SARA ONE OFF

Terdapat tiga (3) cara mudah untuk menyemak baki bayaran Bantuan SARA One-off :

  • Semakan Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet :
    1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
    2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
    3. Klik pada ikon [TNG Card].
    4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
    5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
    6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
    7. Klik pada butang [Submit].
    8. Status duit dalam MyKad akan dipaparkan.
    9. Selesai.
  • Semakan Melalui Mesin Kiosk Touch ‘n Go :
    1. Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
    2. Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
    3. Baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
    4. Selesai.
  • Semakan Melalui Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak / Kedai Serbaneka :
    1. Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
    2. Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki dalam MyKad.
    3. Selesai.

SYARAT PENERIMA SARA ONE OFF

Bantuan SARA one-off khas untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Tiada had pendapatan.

*Tiada sebarang permohonan diperlukan kerana ianya dikreditkan secara automatik kepada yang layak.

CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA ONE OFF

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima SARA One-off, ikuti cara semakan berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-off kan dipaparkan.
  7. Selesai.

*Semakan dibuka bermula 21 Ogos 2025 (Khamis).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment