SARA ONE OFF RM100 : 2025 SEMAKAN & CARA GUNA & BELI BARANG MYKASIH
Inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan sekaligus (one-off) kepada seramai 22 juta rakyat Malaysia bagi memenuhi keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, produk kesihatan dan sebagainya.
Bagaimanakah semakan penerima dan cara beli baranga MyKasih guna Bantuan SARA one-off RM100? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM100 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SENARAI BARANG MYKASIH BOLEH BELI DENGAN SARA ONE OFF RM100
Dengan Bantuan SARA one-off RM100, penerima boleh memilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli mengikut senarai yang diluluskan berikut :
- Beras :
- Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti :
- Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur :
- Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak :
- Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung :
- Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut :
- Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera :
- Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman :
- Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin :
- Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa :
- Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan :
- Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan :
- Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan :
- Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
- Produk kebersihan rumah (Kategori baharu) :
- Top / Daia / Sunlight dan sebagainya.
*Nota : Pembelian hendaklah tidak melebihi RM100.
CARA GUNA SARA ONE OFF RM100 BELI BARANG MYKASIH
Ikuti cara guna Bantuan SARA one-off untuk beli barangan MyKasih :
- Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih MyKasih berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
TARIKH GUNA SARA ONE OFF UNTUK BELI BARANGAN MYKASIH
Semua penerima yang layak akan menerima Bantuan SARA secara one-off bermula pada 31 Ogos 2025 (Ahad) dan penerima boleh menggunakannya pada bila-bila masa sebelum pada 31 Disember 2025 (Rabu).
CARA SEMAKAN KELAYAKAN SARA ONE OFF RM100
Bermula 21 Ogos 2025, anda boleh menyemak kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA one-off seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off kan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.