BILA MASUK PEMBAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Mana-mana rakyat dewasa yang mengemukakan permohonan atau rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebelum bulan Jun 2025 dan sekiranya disahkan ‘Layak’ sebagai penerima terbaru, bayaran Fasa tiga (3) akan dimasukkan secara berperingkat bersama dengan penerima sedia ada pada tarikh yang ditetapkan.
Bagaimanakah semakan bila masuk pembayaran STR Fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN EWALLET MADANI 200 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
CARA MASUK PEMBAYARAN STR FASA 3 2025
Cara pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah bergantung kepada penerima seperti berikut :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Dibayar secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat termasuk di Sabah dan Sarawak.
JUMLAH MASUK PEMBAYARAN STR FASA 3 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 kepada setiap kategori penerima :
KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah B40 :
- RM150 (tiada anak);
- RM300 (1 – 2 anak);
- RM500 (3 – 4 anak);
- RM650 (5 anak ke atas).
- Isi Rumah M40 :
- RM100 (tiada anak);
- RM200 (1 – 2 anak);
- RM250 (3 – 4 anak);
- RM300 (5 anak ke atas).
KATEGORI BUJANG :
- Bujang 21 hingga 59 tahun :
- RM150 (setiap individu).
- Bujang 60 tahun dan ke atas :
- RM150 (setiap individu).
BILA MASUK PEMBAYARAN STR FASA 3 2025
Bagi penerima yang ada akaun bank, perlu menunggu Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dimasukkan mengikut masa berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam;
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
- Lain-lain bank : Selepas 10 malam.
*Bagaimanapun masa bayaran masuk ke dalam akaun adalah tidak menentu dan penerima disarankan menyemak status bayaran dari semasa ke semasa.
TARIKH MASUK PEMBAYARAN STR FASA 3 2025
Pihak Kementerian Kewangan (MOF) masih belum mengumumkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 secara rasmi. Sekiranya ianya telah diumumkan secara rasmi, pihak kami akan mengemaskini kembali maklumat di sini dari semasa ke semasa.
SEMAK STATUS PENERIMA STR FASA 3 2025
Sila layari Laman Web Rasmi mySTR atau klik pada pautan di bawah untuk semakan status :
- Pautan Laman Web Rasmi mySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Ikuti panduan cara semakan status seperti berikut :
- Pada halaman utama portal, klik [TUTUP] untuk notis pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.