STR FASA 3 TARIKH BAYARAN : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Tidak lama lagi bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa ketiga (3) akan dimasukkan secara berperingkat kepada kira-kira lebih 8.7 juta penerima yang layak merangkumi kategori Isi Rumah, Warga Emas dan juga Bujang.
Bagaimanakah semakan STR Fasa 3 tarikh bayaran dan status penerima? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SENARAI BARANGAN LULUS MYKASIH : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD
AMAUN BAYARAN STR FASA 3
Setiap kategori akan menerima bayaran STR Fasa 3 sebanyak berikut :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | RM150 hingga RM650 (bergantung jumlah anak) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | RM100 hingga RM300 (bergantung jumlah anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
MEDIUM BAYARAN STR FASA 3
Bantuan STR Fasa 3 akan dibayar kepada penerima melalui medium berikut :
JENIS PENERIMA | MEDIUM BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dibayar secara terus melalui pengkreditan ‘IBG Fund Transfer‘ ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Dibayar secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat |
MASA BAYARAN STR FASA 3
Lazimnya bayaran STR akan masuk ke dalam akaun bank penerima mengikut masa berikut :
AKAUN BANK PENERIMA | MASA BAYARAN STR |
---|---|
Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6:00 petang |
Bank Islam | Selepas 8:00 malam |
Affin Bank | Selepas 8:00 malam |
Ambank | Selepas 8:00 malam |
Maybank | Selepas 9:00 malam |
Cimb Bank | Selepas 9:00 malam |
RHB Bank | Selepas 9:00 malam |
Bank Muamalat | Selepas 10:00 malam |
Lain-lain Bank | Selepas 10:00 malam |
STR FASA 3 TARIKH BAYARAN
Pihak Kementerian Kewangan (MOF) masih belum menyatakan tarikh bayaran STR Fasa 3. Sekiranya telah diumumkan secara rasmi, pihak kami akan mengemaskini kembali tarikh di bawah :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Penerima Sedia Ada | Akan diumumkan dalam masa terdekat |
Penerima Baharu | Akan diumumkan dalam masa terdekat |
SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 3
Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima STR, ikuti cara semakan status seperti berikut :
PAUTAN LAMAN RASMI STR |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my |
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.