SARA MYKASIH 2025 SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SARA MYKASIH 2025 SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan bagi meringankan beban kos sara hidup golongan memerlukan dengan pemberian bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas.

Bagaimanakah semakan layak atau tidak sara mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: PENDAFTARAN LESEN PERCUMA JPJ : SESI 2025 PANDUAN LENGKAP CARA PERMOHONAN ONLINE SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
  2. SARA Bukan eKasih
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik melalui MyKad penerima jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

AMAUN KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025

Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan kepada penerima seperti berikut:

  • Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM2,100 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM600 Setahun
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM900 Setahun
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM450 Setahun
RM50/bulan (bermula April – Disember)

Nota: Amaun kelayakan SARA 2025 adalah tertakluk kepada masa permohonan STR 2025 diluluskan.

MANFAAT SARA MYKASIH

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dapat membantu memenuhi keperluan harian serta meringankan beban kos sara hidup penerima.

Kredit akan disalurkan secara bulanan melalui Mykad penerima adalah khusus untuk penerima membeli barangan keperluan asas yang berlabel MyKasih atau SARA di pasar raya berdaftar tanpa mengggunakan wang tunai.

Contoh barangan keperluan asas adalah seperti makanan, minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

PANDUAN LENGKAP SEMAKAN LAYAK ATAU TIDAK SARA MYKASIH 2025

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal SARA; ATAU
  • Portal MySTR

Semakan di Portal SARA (Penerima Berstatus eKasih):

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Semakan di Portal MySTR (Penerima Bukan eKasih):

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment