PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA FASA 2 2025 SEKARANG

PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA FASA 2 2025 SEKARANG

Peruntukan sebanyak RM358.5 juta adalah untuk disalurkan kepada 100,000 ribu rakyat di Sabah bagi tujuan pengurangan kadar kemiskinan tegar supaya rakyat dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa dengan mendapatkan keperluan asas secukupnya melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat.

Bagaimanakah semakan status penerima Sentuhan Kasih Rakyat? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SENTUHAN KASIH : (FASA 2 2025) SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SYUKUR SABAH RM900 SEKARANG

PENGENALAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT

Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) sebagai sebuah inisiatif pembasmian kemiskinan dengan pelaksanaan bantuan tunai khas RM300 setiap bulan dan dibayar secara sekaligus sebanyak RM900 setiap tiga (3) bulan bagi tempoh satu (1) tahun.

JUMLAH PENYALURAN SENTUHAN KASIH RAKYAT

Jumlah Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang disalurkan adalah sebanyak berikut :

JUMLAH BANTUANKESELURUHAN PENYALURAN
RM300 (Januari) + RM300 (Februari) + RM300 (Mac)RM900
RM300 (April) + RM300 (Mei) + RM300 (Jun)RM900
RM300 (Julai) + RM300 (Ogos) + RM300 (September)RM900
RM300 (Oktober) + RM300 (November) + RM300 (Disember)RM900
= RM3,600 setahun

TARIKH PELAKSANAAN BAYARAN SENTUHAN KASIH RAKYAT

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang dilaksanakan sepanjang tahun 2025 :

  • Fasa 1 (Januari – Mac 2025): Pembayaran bermula Februari 2025.
  • Fasa 2 (April – Jun 2025): Pembayaran bermula April 2025.
  • Fasa 3 (Julai – September 2025): Pembayaran bermula September 2025.
  • Fasa 4 (Oktober – Disember 2025): Pembayaran bermula Oktober 2025.

KAEDAH PELAKSANAAN BAYARAN SENTUHAN KASIH RAKYAT

Bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah dilaksanakan melalui kaedah seperti berikut :

  1. Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
  2. Tunai di kaunter bank bagi yang tiada akaun bank; atau
  3. Dikreditkan melalui akaun e-Wallet di aplikasi YONO Superapp.

SEMAKAN STATUS PENERIMA PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT

Status kelayakan sebagai penerima Bantuan\ Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut :

  1. Layari laman Portal Rasmi Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Klik pada butang [Semak].
  5. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. ⁠Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. ⁠Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my.

Leave a Comment