MY SARA SEMAKAN 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Taraf kehidupan rakyat yang terkesan dengan gelumang kos sara hidup dapat sedikit sebanyak diringankan melalui inisiatif Bantuan mySARA yang diperuntukan sehingga RM13 billion pada tahun ini kepada 5.4 juta rakyat dewasa di Malaysia.
Bagaimanakah mySARA semakan kelayakan penerima? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BILA MASUK PEMBAYARAN STR : (FASA 3 2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU MY SARA 2025
MySARA rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang diperkenalkan sebagai bantuan tambahan yang berbentuk barangan keperluan asas yang mana ianya dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan (MyKad) peenrima pada setiap bulan.
JUMLAH BANTUAN MY SARA 2025
Berikut merupakan jumlah Bantuan mySARA yang dibayar selama setahun kepada penerima yang layak :
JUMLAH BANTUAN MY SARA (PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR) | JUMLAH BANTUAN MY SARA (PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN) |
---|---|
ISI RUMAH : RM2,100 setahun | ISI RUMAH : RM900 setahun |
WARGA EMAS : RM1,650 setahun | WARGA EMAS : RM450 setahun |
BUJANG : RM600 setahun | BUJANG : – |
JADUAL PELAKSANAAN MY SARA 2025
Bayaran Bantuan mySARA dilaksanakan mengikut jadual berikut :
TARIKH PELAKSANAAN | PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|
15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM100 sebulan Bujang : RM50 sebulan | – |
1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 | Isi Rumah : RM200 sebulan Warga Emas : RM150 sebulan Bujang : RM50 sebulan | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM50 sebulan Bujang : – |
MY SARA SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA 2025
Layak atau tidak anda sebagai penerima Bantuan mySARA, ikuti cara semakan kelayakan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
MY SARA SEMAKAN BAYARAN 2025
Untuk mengetahui bayaran Bantuan mySARA telah dibayar atau belum, ikuti cara semakan berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan mySARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.