SEMAKAN ONLINE BANTUAN MYKASIH : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN ONLINE BANTUAN MYKASIH : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Bayaran Bantuan MyKasih (SARA) dilaksanakan sekali sahaja dalam sebulan dan penerima boleh menggunakannya pada bila-bila masa sahaja sebelum tarikh luput yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kewangan (MOF).

Bagaimanakah semakan online Bantuan MyKasih? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA STR DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan MyKasih untuk sepanjang tahun 2025 :

  • 15/01/2025 (Rabu)
  • 01/02/2025 (Sabtu)
  • 01/03/2025 (Sabtu)
  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH

Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan MyKasih kepada penerima yang layak :

  • Penerima Status Miskin & Miskin Tegar :
    • RM100 – RM200 sebulan sehingga RM2,100 (Isi Rumah).
    • RM100 – RM150 sebulan sehingga RM1,650 (Warga Emas).
    • RM50 sebulan sehingga RM600 (Bujang).
  • Penerima Status Asas Bukan Miskin :
    • RM100 sebulan sehingga RM900 (Isi Rumah).
    • RM50 sebulan sehingga RM450 (Warga Emas).

CARA BAYARAN BANTUAN MYKASIH

Semua penerima di Semenanjung Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran Bantuan MyKasih secara tanpa tunai melalui akaun Kad Pengenalan (MyKad) penerima dan perlu digunakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

KEGUNAAN BANTUAN MYKASIH

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

SEMAKAN ONLINE BANTUAN MYKASIH

Panduan Semakan Status Penerima Bantuan MyKasih Secara Online :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Panduan Semakan Baki Bayaran Bantuan MyKasih Secara Online :

  1. Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
  7. Masukkan Nombor OTP yang betul.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  9. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  10. Klik pada butang [Next] di bawah.
  11. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  12. Selesai.

TEMPOH PENGGUNAAN BANTUAN MYKASIH

Baki elaun bantuan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh iaitu 31 Disember 2025 akan luput secara automatik.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment