SEMAKAN MYKASIH DALAM MYKAD : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Sebulan hanya sekali sahaja Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dikreditkan ke dalam MyKad (kad pengenalan) penerima yang disahkan status kelayakan dan setelah dikreditkan, penerima boleh terus menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, produk kesihatan dan sebagainya.
Bagaimanakah semakan MyKasih dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH SEMAKAN ONLINE TERKINI : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
SEMAKAN MYKASIH DALAM MYKAD
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih dalam MyKad boleh disemak secara atas talian melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :
- Layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
CARA GUNA MYKASIH DALAM MYKAD
Hanya individu yang disahkan layak menerima Bantuan MyKasih Dalam MyKad sahaja boleh membuat pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Kunjungi kedai atau pasaraya terpilih MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli (label SARA MyKasih pada rak tanda harga).
- Di kaunter bayaran, berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Masukkan 6-digit nombor PIN MyKad yang anda tetapkan.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan.
- Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan lanjut.
- Selesai.
SENARAI KEDAI TERPILIH MYKASIH
Terdapat lebih 1,200 kedai dan pasaraya terpilih MyKasih, termasuklah :
- Mydin;
- TF Mart;
- Giant;
- Econsave;
- The Store;
- Pacific;
- Milimewa;
- 99 Speedmart;
- Lotus Stores (Tesco);
- Lulu Supermarket.
*Serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
JUMLAH KREDIT MYKASIH DALAM MYKAD
Pembelian barangan keperluan asas menggunakan Bantuan MyKasih dalam MyKad adalah terhad pada setiap bulan mengikut jumlah yang dikreditkan seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah Daftar e-Kasih : RM200 setiap bulan.
- Isi Rumah Bukan e-Kasih : RM100 setiap bulan.
- KATEGORI WARGA EMAS :
- Warga Emas Daftar e-Kasih : RM150 setiap bulan.
- Warga Emas Bukan e-Kasih : RM50 setiap bulan.
- KATEGORI BUJANG :
- Bujang Daftar e-Kasih : RM50 setiap bulan.
TARIKH KREDIT MYKASIH DALAM MYKAD
Bantuan MyKasih hanya dikreditkan sekali sahaja pada setiap bulan mengikut tarikh seperti berikut :
- 15/01/2025 (Rabu)
- 01/02/2025 (Sabtu)
- 01/03/2025 (Sabtu)
- 01/04/2025 (Selasa)
- 01/05/2025 (Khamis)
- 01/06/2025 (Ahad)
- 01/07/2025 (Selasa)
- 01/08/2025 (Jumaat)
- 01/09/2025 (Isnin)9
- 01/10/2025 (Rabu)
- 01/11/2025 (Sabtu)
- 01/12/2025 (Isnin)
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.