BANTUAN SARA MYKASIH SEMAKAN : (2025) SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Sebarang ketirisan dapat dielakkan sekiranya Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan dengan cara yang cekap, telus dan selamat melalui pengkreditan tanpa tunai khas kepada 5.4 juta rakyat dewasa yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
Bagaimanakah semakan penerima Bantuan SARA MyKasih? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH SEMAKAN ONLINE : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH
Bayaran Bantuan SARA MyKasih dilaksanakan dalam dua (2) sesi pada setiap bulan mengikut tarikh berikut :
PELAKSANAAN SESI | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Sesi satu (1) | 15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) |
Sesi dua (2) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin)9 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH
Berikut merupakan jumlah Bantuan SARA MyKasih yang dibayar pada sesi satu (1) dan dua (2) :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN SESI 1 | JUMLAH BAYARAN SESI 2 |
---|---|---|
Isi Rumah Daftar eKasih | RM100 / setiap bulan | RM200 / setiap bulan |
Isi Rumah Bukan eKasih | – | RM100 / setiap bulan |
KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH BAYARAN SESI 1 | JUMLAH BAYARAN SESI 2 |
---|---|---|
Warga Emas Daftar eKasih | RM100 / setiap bulan | RM150 / setiap bulan |
Warga Emas Bukan eKasih | – | RM50 / setiap bulan |
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN SESI 1 | JUMLAH BAYARAN SESI 2 |
---|---|---|
Bujang Daftar eKasih | RM50 / setiap bulan | RM50 / setiap bulan |
Bujang Bukan eKasih | – | – |
CARA BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH
Bantuan SARA MyKasih dibayar kepada semua penerima di seluruh Malaysia melalui cara berikut :
NEGERI PENERIMA | CARA BAYARAN BANTUAN SARA |
---|---|
Semenanjung Malaysia | Dibayar secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan penerima pada setiap bulan |
Sabah dan Sarawak | Dibayar secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan penerima pada setiap bulan |
KEGUNAAN BANTUAN SARA MYKASIH
Antara kegunaan Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan dalam kad pengenalan penerima adalah untuk pembeli barangan keperluan asas seperti berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe dan sebagainya).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
BANTUAN SARA MYKASIH SEMAKAN
Layari pautan portal rasmi SARA MyKasih di bawah untuk semakan status :
PAUTAN PORTAL RASMI SARA MYKASIH |
---|
https://mykasih.com.my |
- Pada halaman utama SARA MyKasih, klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
6491ca
Bantuan My kasih