EKASIH SEMAK STATUS ONLINE : (2025) SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 bagi bulan Julai turut disalurkan kepada penerima sedia ada yang berstatus eKasih, dengan kadar bantuan yang telah ditingkatkan, bersamaan dengan pelaksanaan bantuan tambahan SARA.
Bagaimanakah semak status sama ada layak atau tidak penerima ekasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CARA SEMAK MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA EKASIH
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA eKasih:
- Warganegara Malaysia;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih secara automatik melalui MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas di Kedai berdaftar.
SEMAK JUMLAH PENGKREDITAN BULANAN EKASIH 2025
Jumlah Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Kategori eKasih 2025 adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULAN JANUARI – MAC 2025 | AMAUN BULAN APRIL – DISEMBER 2025 |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan | RM200/bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan | RM150/bulan |
Bujang | RM50/bulan | RM50/bulan |
MANFAAT KREDIT BULANAN EKASIH
Kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui MyKad penerima, boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar berdekatan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).

SEMAK CARA GUNA DUIT EKASIH
Penerima boleh menggunakan kredit SARA eKasih untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara