SEMAKAN MYKASIH ONLINE 2025 TERKINI : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Segala semakan kini boleh dilakukan secara atas talian (online) sahaja kerana dapat memudahkan pelbagai pihak termasuklah status kelayakan dan baki Bantuan SARA boleh disemak secara online melalui laman web MyKasih dan aplikasi mudah alih MyKasih.
Bagaimanakah semakan MyKasih secara online terkini? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SARA MYKASIH DALAM IC : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SISTEM PENGGUNAAN MYKASIH 2025 TERKINI
Makluman terkini, Kerajaan telah mengkreditkan Bantuan MyKasih ke dalam kad pengenalan penerima yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas. Namun sistem penggunaan Bantuan MyKasih terdapat isu teknikal yang sedang diperbaiki.
Oleh itu, bagi memastikan pembelian barangan keperluan asas dengan Bantuan MyKasih dapat berjalan dengan lancar, pihak kerajaan akan menyahaktifkan sementara aplikasi MyKasih dan semak status di laman web MyKasih.
SEMAKAN STATUS MYKASIH ONLINE 2025 TERKINI
Ikuti cara semakan status kelayakan penerima MyKasih secara online seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI MYKASIH ONLINE 2025 TERKINI
Baki Bantuan MyKasih yang terkini boleh disemak secara online melalui aplikasi MyKasih :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH MYKASIH TERKINI DISALURKAN
Jumlah Bantuan MyKasih yang disalurkan kepada setiap kategori adalah berbeza seperti berikut :
KATEGORI ISI RUMAH | KATEGORI WARGA EMAS | KATEGORI BUJANG |
---|---|---|
Isi Rumah (Miskin & Miskin Tegar) RM200 | Warga Emas (Miskin & Miskin Tegar) RM150 | Bujang (Miskin & Miskin Tegar) RM50 |
Isi Rumah (Asas Bukan Miskin) RM100 | Warga Emas (Asas Bukan Miskin) RM50 | Bujang (Asas Bukan Miskin) – |
TARIKH PENYALURAN MYKASIH 2025 TERKINI
Berikut merupakan tarikh penyaluran MyKasih yang terkini :
JUMLAH PENERIMA LAYAK | TARIKH PENYALURAN TERKINI |
---|---|
5.4 juta penerima | 01 JULAI 2025 (SELASA) |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
ai9zjy