BAYARAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih kepada semua penerima sedia ada dan baharu telah diseragamkan oleh pihak Kerajaan supaya semua penerima memperoleh bantuan dengan mudah dan selamat.
Bagaimanakah semakan bayaran SARA MyKasih? Ikuti maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BAKI SARA MYKASIH : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA JULAI 2025
BAGAIMANAKAH BAYARAN SARA MYKASIH 2025
Pembayaran Bantuan SARA MyKasih telah diselaraskan kepada penerima di Semenanjung, Sabah dan Sarawak seperti berikut :
- Penerimaan SARA Di Semenanjung Malaysia :
- Dibayar secara tanpa tunai menerusi kad pengenalan penerima pada setiap bulan.
- Penerimaan SARA Di Sabah dan Sarawak :
- Tidak lagi dibayar secara tunai / akaun bank setiap dua (2) kali setahun. Kerana ianya juga dibayar secara tanpa tunai menerusi kad pengenalan penerima pada setiap bulan.
BERAPAKAN BAYARAN SARA MYKASIH 2025
Jumlah Bantuan SARA MyKasih yang dibayar sepanjang tahun 2025 adalah sebanyak berikut :
- RM450/ setahun dibayar kepada Warga Emas (Penerima Baharu);
- RM600/ setahun dibayar kepada Bujang (Penerima Sedia ada);
- RM900/ setahun dibayar kepada Isi Rumah (Penerima Baharu);
- RM1,650/ setahun dibayar kepada Warga Emas (Penerima Sedia ada);
- RM2,100/ setahun dibayar kepada Isi Rumah (Penerima Sedia ada).
*Nota : Jumlah di atas dibayar secara ansur setiap bulan dengan kadar RM50 / RM100 / RM150 / RM200 (bergantung kelayakan penerima).
BILAKAH BAYARAN SARA MYKASIH 2025
Bantuan SARA MyKasih akan dibayar setiap bulan mengikut tarikh berikut :
- 15/01/2025 (Rabu).
- 01/02/2025 (Sabtu).
- 01/03/2025 (Sabtu).
- 01/04/2025 (Selasa).
- 01/05/2025 (Khamis).
- 01/06/2025 (Ahad).
- 01/07/2025 (Selasa).
- 01/08/2025 (Jumaat).
- 01/09/2025 (Isnin).
- 01/10/2025 (Rabu).
- 01/11/2025 (Sabtu).
- 01/12/2025 (Isnin).
SIAPA LAYAK TERIMA BAYARAN SARA MYKASIH 2025
Penerima yang layak menerima Bantuan SARA MyKasih adalah yang memenuhi kelayakan berikut :
Kelayakan Penerima Sedia Ada :
- Warganegara Malaysia;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah;
- Bujang; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan.
Kelayakan Penerima Baharu :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN SARA MYKASIH 2025
Ketahui status kelayakan penerima dengan lebih tepat melalui semakan seperti berikut :
- Layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.