SEMAKAN BAKI SARA MYKASIH : YANG ADA DALAM MYKAD

SEMAKAN BAKI SARA MYKASIH : YANG ADA DALAM MYKAD

Sebahagian besar penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini boleh menggunakan elaun bulanan mereka untuk membeli barangan keperluan asas di lebih 1,200 kedai dan pasar raya berdaftar di seluruh Malaysia.

Bagi memastikan perbelanjaan anda berjalan lancar, proses semakan baki SARA MyKasih amat penting dilakukan sebelum anda membuat sebarang bayaran di kaunter.

Berikut dikongsikan panduan lengkap mengenai cara semak baki bantuan SARA MyKasih, jumlah kredit terkini, serta jadual pengkreditan terus ke dalam MyKad anda.

BACA JUGA : SARA STR DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

RINGKASAN SARA MYKASIH

PERKARAMAKLUMAT RINGKAS
Nama BantuanSumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih
Kaedah SaluranTunjuk MyKad di kaunter / Aplikasi MyKasih
Lokasi PembelianMydin, Lotus’s, Econsave, Giant, Speedmart, & kedai runcit terpilih
Semakan BakiAplikasi Aplikasi MyKasih (Android / iOS)
Portal Rasmihttps://www.mykasih.com.my/ms/

SEMAKAN BAKI SARA MYKASIH

Baki Bantuan SARA MyKasih perlu disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
    • Google Play (Bagi pengguna Android); atau
    • App Store (Bagi pengguna iOS).
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
  7. Masukkan Nombor OTP yang betul.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  9. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  10. Klik pada butang [Next] di bawah.
  11. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  12. Selesai.

Berikut merupakan contoh paparan ‘Baki semasa’ yang ada dalam MyKad penerima :

TARIKH KREDIT SARA MYKASIH

Bantuan SARA MyKasih untuk tahun 2026 dikreditkan pada tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

BULANTARIKH KREDIT
Januari09 – 16 Januari 2026
Februari01 Februari 2026
Mac01 Mac 2026
April01 April 2026
Mei01 Mei 2026
Jun01 Jun 2026
Julai01 Julai 2026
Ogos01 Ogos 2026
September01 September 2026
Oktober01 Oktober 2026
November01 November 2026
Disember01 Disember 2026

JUMLAH KREDIT SARA MYKASIH 2026

Berikut merupakan jumlah Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan pada setiap bulan :

  • KATEGORI BUJANG :
BUJANG STATUS
DAFTAR EKASIH
BUJANG STATUS
BUKAN EKASIH
RM100 setiap bulan
sehingga
RM1,200 setahun
RM50 setiap bulan
sehingga
RM600 setahun
  • KATEGORI ISI RUMAH :
ISI RUMAH STATUS
DAFTAR EKASIH
ISI RUMAH STATUS
BUKAN EKASIH
RM200 setiap bulan
sehingga
RM2,400 setahun
RM100 setiap bulan
sehingga
RM1,200 setahun
  • KATEGORI WARGA EMAS :
WARGA EMAS STATUS
DAFTAR EKASIH
WARGA EMAS STATUS
BUKAN EKASIH
RM150 setiap bulan
sehingga
RM1,800 setahun
RM50 setiap bulan
sehingga
RM600 setahun

SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA MYKASIH

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima SARA MyKasih, ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/ms/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment