SARA STR DALAM MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Peruntukan sebanyak RM13 billion diagihkan kepada rakyat melalui Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) beserta bantuan tambahan, iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad penerima.
Bagaimanakah semakan status penerima SARA STR dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH ONLINE TERBARU : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
APA ITU SARA STR DALAM MYKAD
SARA rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang diperkenalkan sebagai bantuan tambahan tanpa tunai kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mana ianya dikreditkan ke dalam MyKad (Kad pengenalan) penerima.
Bantuan SARA adalah dikhaskan untuk membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas rakyat pada setiap bulan. Namun, daripada 8.5 juta penerima STR, hanya 5.4 juta sahaja yang layak menerima Bantuan SARA.
JUMLAH BANTUAN SARA STR DALAM MYKAD 2025
Berikut merupakan jumlah Bantuan SARA dan STR yang dikreditkan sepanjang tahun 2025 :
- ISI RUMAH B40 (Pendapatan Bawah RM2,500 & Daftar e-Kasih) :
BANTUAN STR | BANTUAN SARA |
---|---|
Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | + RM2,100 |
- ISI RUMAH B40 & M40 (Pendapatan sehingga RM5,000 Bukan e-Kasih) :
BANTUAN STR | BANTUAN SARA |
---|---|
Penerima B40 : Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | + RM900 |
Penerima M40 : Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | + RM900 |
- WARGA EMAS (Tiada pasangan) :
BANTUAN STR | BANTUAN SARA |
---|---|
Warga Emas Daftar e-Kasih : RM600 | + RM1,650 |
Warga Emas Bukan e-Kasih : RM600 | + RM450 |
- BUJANG :
BANTUAN STR | BANTUAN SARA |
---|---|
Bujang Daftar e-Kasih : RM600 | + RM600 |
Bujang Bukan e-Kasih : RM600 | – |
JADUAL BAYARAN SARA STR DALAM MYKAD 2025
Bantuan SARA bukanlah dibayar secara berfasa seperti STR. Namun, ianya dibayar pada setiap bulan mengikut jadual berikut :
PENERIMA SARA DAFTAR E-KASIH | PENERIMA SARA BUKAN E-KASIH |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
1 Februari 2025 | – |
1 Mac 2025 | – |
1 April 2025 | 1 April 2025 |
1 Mei 2025 | 1 Mei 2025 |
1 Jun 2025 | 1 Jun 2025 |
1 Julai 2025 | 1 Julai 2025 |
1 Ogos 2025 | 1 Ogos 2025 |
1 September 2025 | 1 September 2025 |
1 Oktober 2025 | 1 Oktober 2025 |
1 November 2025 | 1 November 2025 |
1 Disember 2025 | 1 Disember 2025 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA STR DALAM MYKAD 2025
Status kelayakan sebagai penerima SARA boleh disemak melalui laman rasmi STR seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerimaan STR dan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.