CARA SEMAK STATUS STR : FASA 1 2026

CARA SEMAK STATUS STR : FASA 1 2026

Kerajaan Malaysia secara rasmi mula menyalurkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026 bermula semalam. Melalui peruntukan awal sebanyak RM1.1 bilion, fasa pertama ini bakal memberi manfaat kepada 3.7 juta isi rumah serta 1.3 juta warga emas tiada pasangan. Bagi memastikan anda tersenarai sebagai penerima, penting untuk anda mengetahui cara semak status STR bagi melihat jumlah bayaran yang layak diterima, iaitu antara RM100 sehingga RM500 mengikut kategori masing-masing.

Tahun 2026 mencatatkan sejarah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan peruntukan keseluruhan STR dan SARA mencecah RM15 bilion—nilai tertinggi pernah dicatatkan. Di bawah kerangka Ekonomi MADANI, kerajaan telah menyusun semula pemberian STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) supaya lebih berkesan dalam menangani kos sara hidup. Di bawah penambahbaikan ini, lebih lapan juta rakyat kini layak menerima bantuan SARA secara bulanan, termasuk 400,000 golongan miskin dan miskin tegar daripada pangkalan data eKasih.

Bagi mereka yang ingin memohon, portal rasmi kini dibuka sepanjang tahun untuk permohonan baharu dan rayuan agar mengurangkan risiko keciciran. Setiap permohonan juga akan melalui proses verifikasi ketat dengan pelbagai agensi kerajaan. Bagi pemohon baharu, semakan berkala setiap suku tahunan akan dilakukan merangkumi aspek pemilikan kediaman, kenderaan, perniagaan, serta rekod bekerja di luar negara bagi mengesahkan kelayakan sebenar.

Kementerian Kewangan (MOF) turut menegaskan agar semua pemohon memberikan maklumat yang benar, kerana sebarang maklumat palsu boleh mengakibatkan tindakan undang-undang atau penarikan balik bantuan. Selain itu, sebagai langkah keselamatan, penerima dinasihatkan supaya peka dengan cara semak status STR melalui portal rasmi sahaja dan berwaspada terhadap cubaan penipuan melalui SMS atau WhatsApp.

Bagaimanakah cara semak status STR? Teruskan membaca panduan ini untuk mengetahui langkahnya secara terperinci.

BACA JUGA : SEMAK STATUS STR 2026 : FASA 1 TARIKH BAYAR, JUMLAH BANTUAN

TARIKH BAYARAN STR 2026 FASA 1

Jom semak jadual rasmi tarikh bayaran STR Fasa 1 2026 yang telah disahkan oleh pihak MOF. Perkongsian tarikh ini diharapkan dapat memudahkan perancangan anda dalam menguruskan bajet dapur dan keperluan asas bagi awal tahun ini.

FASA PELAKSANAANTARIKH BAYARAN
Fasa 120 Januari 2026

CARA SEMAK STATUS STR

Bagi memudahkan urusan anda, kami sediakan panduan lengkap cara semak status STR Fasa 1 2026 melalui laman web rasmi bagi memastikan anda tidak terlepas bantuan tunai fasa pertama ini:

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk MySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk MySTR.
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; dan
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di MySTR ialah:
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semak Status STR anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

SYARAT KELAYAKAN STR 2026

Adakah anda layak menerima bantuan tahun ini? Mari semak syarat kelayakan STR 2026 mengikut garis panduan rasmi kementerian supaya proses permohonan anda berjalan lancar tanpa sebarang masalah:

  • Isi Rumah (STR & SARA)
ISI RUMAHSYARAT KELAYAKAN
Pemohon– Warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia;
– Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Pasangan– Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
– Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS).
Anak– Hubungan mestilah Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau Anak Angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
– Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
– Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur:
> 18 tahun dan ke bawah; atau
> 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS).
  • Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)
KATEGORISYARAT KELAYAKAN
Warga Emas Tiada Pasangan– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja;
– Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
– Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang (SARA)
KATEGORISYARAT KELAYAKAN
Bujang– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja;
– Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
– Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun hingga 59 tahun; dan
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; serta
– Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.

KATEGORI PENERIMA STR FASA 1 2026

Siapakah yang layak menerima bantuan fasa pertama? Sila rujuk senarai kategori penerima STR Fasa 1 2026 di bawah untuk mengetahui kumpulan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian sebagai penerima manfaat:

KATEGORIKRITERIA PENERIMA
Isi Rumah (STR & SARA)– Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)– Bujang; atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
– Had umur 60 tahun dan ke atas.
Bujang (SARA)– Bujang; atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
– Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
– Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

KADAR BANTUAN STR 2026

Berapakah jumlah agihan yang akan anda terima bagi pusingan pertama dan sepanjang tahun ini? Sila rujuk jadual di bawah untuk perincian amaun STR Fasa 1 2026 serta jumlah kumulatif bagi STR 2026:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN STR 2026
(SETAHUN)
KADAR BANTUAN STR 2026
(FASA 1)
Isi rumah berpendapatan kasar bulanan
RM2,500 dan ke bawah
0 anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
5 & ke atas : RM2,200
0 anak : RM200
1 – 2 anak : RM300
3 – 4 anak : RM400
5 & ke atas : RM500
Isi rumah berpendapatan kasar bulanan
RM2,501 hingga RM5,000
0 anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
5 & ke atas : RM950
0 anak : RM100
1 – 2 anak : RM100
3 – 4 anak : RM150
5 & ke atas : RM200
Warga emas tiada pasangan
berpendapatan kasar bulanan
RM5,000 dan ke bawah
RM600RM150
Bujang
berpendapatan kasar bulanan
RM2,500 dan ke bawah

*Nota Penting: Selain bantuan STR, kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan turut layak menerima bantuan SARA berjumlah RM1,200 setahun (RM100 sebulan). Manakala bagi golongan Bujang, walaupun tiada STR, anda tetap akan menerima bantuan SARA sebanyak RM600 setahun (RM50 sebulan).

Keistimewaan tambahan diberikan kepada golongan Miskin dan Miskin Tegar yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih:

  • Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan: Tambahan RM1,200 lagi (Menjadikan jumlah keseluruhan SARA RM2,400 setahun).
  • Bujang: Tambahan RM600 lagi (Menjadikan jumlah keseluruhan SARA RM1,200 setahun).

JADUAL BAYARAN STR 2026

Ingin tahu bila bantuan anda akan dikreditkan? Sila rujuk kalendar pembayaran STR 2026 di bawah. Jadual ini merupakan garis panduan rasmi daripada pihak kementerian bagi membantu anda merancang aliran tunai dengan lebih awal:

PELAKSANAAN FASATARIKH BAYARAN
Fasa 120 Januari 2026
Fasa 2Akan dikemaskini
Fasa 3
Fasa 4

*Nota Penting: Pihak kami komited untuk mengemas kini jadual bayaran STR 2026 bagi fasa-fasa seterusnya secara serta-merta. Segala maklumat akan dikemaskini sebaik sahaja pengumuman rasmi diterbitkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

MEDIUM BAYARAN STR 2026

Bagaimanakah cara bayaran dilakukan? Medium bayaran bagi STR 2026 adalah konsisten dengan amalan sebelum ini. Sila rujuk cara pembayaran mengikut jenis penerima di bawah untuk maklumat lanjut:

JENIS PENERIMAMEDIUM BAYARAN
Mempunyai Akaun BankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Tiada Akaun Bank atau
Berstatus ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026

  1. Saya sudah dapat STR sebelum ini, perlukah saya kemas kini lagi?
    • Ya, jika ada perubahan status (perkahwinan/anak) atau data anda tidak dikemas kini melebihi 3 tahun, anda wajib kemas kini untuk elak permohonan ditolak.
  2. Kenapa status saya “Gagal” kerana rekod kenderaan/aset?
    • Kerajaan kini menjalankan verifikasi aset. Jika anda memiliki kenderaan mewah atau harta melebihi had kriteria kelayakan, permohonan anda boleh ditolak secara automatik.
  3. Adakah bantuan SARA masuk sekali dengan duit STR?
    • Tidak. STR masuk ke akaun bank, manakala bantuan SARA dikreditkan secara bulanan ke dalam MyKad (IC) untuk pembelian barang dapur di kedai terpilih.
  4. Bolehkah saya memohon STR jika baru sahaja diberhentikan kerja?
    • Boleh. Permohonan STR kini dibuka sepanjang tahun. Anda boleh menghantar permohonan baharu berserta dokumen pembuktian pendapatan terkini melalui portal MySTR.
  5. Apa perlu buat jika duit STR Fasa 1 masih belum masuk akaun?
    • Sila pastikan akaun bank anda aktif. Jika tiada akaun atau akaun tidak aktif, anda boleh membuat tuntutan tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
  6. Benarkah terdapat bantuan SARA secara sekaligus untuk seluruh rakyat Malaysia?
    • Ya, benar. Terdapat bantuan SARA sebanyak RM100 akan dikreditkan secara sekaligus (one-off) ke dalam MyKad seluruh rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas sempena musim-musim perayaan yang menjelang tiba.

RUJUKAN

Artikel ini disediakan bertujuan untuk berkongsi maklumat terkini bagi membantu memudahkan capaian orang ramai mengenai bantuan kerajaan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut atau masalah mengenai permohonan STR 2026, sila rujuk terus kepada pihak berwajib melalui saluran rasmi di bawah:

  • Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747
  • Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

PENAFIAN

Artikel ini disediakan bertujuan untuk menyebarkan informasi terkini mengenai bantuan Kerajaan Malaysia demi manfaat dan kemudahan capaian orang ramai. Tajuk serta kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan trend carian semasa bagi memastikan maklumat ini sampai kepada mereka yang memerlukan.

Kami ingin menegaskan bahawa pihak kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi atau mengenakan sebarang caj pembayaran kepada pelawat. Matlamat utama penulisan ini adalah untuk menyediakan rujukan pantas dan sahih mengenai bantuan semasa.

Maklumat lanjut dan semakan rasmi boleh dirujuk melalui sumber asal di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Comment