SEMAK STATUS STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
Enam puluh peratus (60%) rakyat dewasa di Malaysia yang merupakan golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) sahaja layak untuk menerima manfaat Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibayar secara berfasa.
Bagaimanakah semak status kelayakan penerima STR? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : TARIKH MASUK BAYARAN STR FASA 3 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
KELAYAKAN STATUS STR 2025
Hanya rakyat Warganegara Malaysia yang memenuhi kelayakan berikut ‘layak’ untuk menerima Bantuan STR :
ISI RUMAH :
- Berpasangan (ada atau tiada anak);
- Ibu / bapa tunggal (ada anak yang memenuhi syarat);
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40) atau sehingga RM5,000 (M40).
WARGA EMAS :
- Tiada pasangan / balu / janda / duda (tiada tanggungan);
- Had umur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
BUJANG :
- Belum berkahwin; atau
- Balu / janda / duda (tiada anak);
- Berumur 21 hingga 59 tahun (Bujang OKU berumur 19 tahun ke atas);
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan.
SEMAK STATUS STR 2025
Status kelayakan penerima STR hanya boleh disemak melalui laman rasmi berikut :
- Layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN STR IKUT STATUS 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran STR bagi tahun 2025 :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM1,000 1 / 2 anak : RM1,500 3 / 4 anak : RM2,000 5 anak ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM500 1 / 2 anak : RM750 3 / 4 anak : RM1,000 5 anak ke atas : RM1,250 |
Warga Emas | RM600 |
Bujang | RM600 |
JADUAL BAYARAN STR 2025
Pembayaran Bantuan STR adalah mengikut jadual berikut :
FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Pertama (1) | 22 Januari sehingga 28 Januari 2025 |
Kedua (2) | 24 Mac sehingga 27 Mac 2025 |
Ketiga (3) | Akhir Julai sehingga Ogos 2025 |
Keempat (4) | November 2025 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20SEMAKAN%20STATUS%20STR%202025.pdf.
Bujang tidak bekerja nak Cari modal utk meniaga