MYKASIH 2025 DALAM MYKAD SEMAKAN STATUS : LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM900 & RM2100 & RM600)

MYKASIH 2025 DALAM MYKAD SEMAKAN STATUS : LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM900 & RM2100 & RM600)

Bantuan MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima adalah dilaksanakan berperingkat setiap bulan. Sekiranya, penerima mempunyai lebihan baki atau belum menggunakan MyKad untuk apa-apa pembelian, baki tersebut akan dibawa ke bulan seterusnya dan perlu digunakan sebelum 31 Disember 2025.

Bagaimanakah semakan status penerima MyKasih dalam MyKad? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR SEMAKAN : (FASA 3) CHECK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

MYKASIH 2025 DALAM MYKAD SEMAKAN STATUS

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima MyKasih, ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

KADAR MYKASIH DIKREDITKAN DALAM MYKAD 2025

Kadar pengkreditan MyKasih ke dalam MyKad adalah berbeza mengikut kategori penerima seperti berikut :

KADAR PENGKREDITAN
MYKASIH
PENERIMA SEDIA ADA
KADAR PENGKREDITAN
MYKASIH
PENERIMA BAHARU
Isi Rumah
RM2,100 setahun
Isi Rumah
RM900 setahun
Warga Emas
RM1,650 setahun
Warga Emas
RM450 setahun
Bujang
RM600 setahun
Bujang

JADUAL KREDIT MYKASIH DALAM MYKAD 2025

Pengkreditan MyKasih ke dalam MyKad penerima ada pada setiap bulan mengikut jadual berikut :

TARIKH PENGKREDITAN
MYKASIH
PENERIMA SEDIA ADAPENERIMA BAHARU
Pengkreditan Sesi 1 :

15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM100
Bujang : RM50
Pengkreditan Sesi 2 :

01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
Isi Rumah : RM200
Warga Emas : RM150
Bujang : RM50
Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM50
Bujang : Tiada

CARA GUNA MYKASIH DALAM MYKAD 2025

Hanya penerima MyKasih yang layak boleh menggunakan MyKad seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih MyKasih berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  4. Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

KATEGORI BARANG MYKASIH YANG BOLEH DIBELI

Penerima yang layak MyKasih boleh memilih barangan keperluan asas seperti berikut :

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  • Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  • Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  • Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
  • Produk kebersihan rumah (Kategori baharu) : Top / Daia / Sunlight dan sebagainya.

SENARAI KEDAI TERPILIH MYKASIH 2025

Antara kedai dan pasaraya terpilih MyKasih yang membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad, termasuk :

  • Mydin.
  • TF Mart.
  • Giant.
  • Econsave.
  • The Store.
  • Pacific.
  • Milimewa.
  • 99 Speedmart.
  • Lotus Stores (Tesco).
  • Lulu Supermarket.
  • Serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment