STR 2025 SEMAKAN : (FASA 3) CHECK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

STR 2025 SEMAKAN : (FASA 3) CHECK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan sebuah bantuan kewangan yang disalurkan kepada rakyat yang memerlukan khasnya golongan B40 dan M40 secara berperingkat melalui empat (4) fasa dan dua (2) darinya telah selesai dilaksanakan.

Bagaimanakah STR semakan status? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PENDAFTARAN LESEN MEMANDU PERCUMA ONLINE : REGISTER PERMOHONAN SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

STR 2025 SEMAKAN

Semakan status penerima hanya boleh dilakukan melalui Laman Rasmi STR di bawah :

Ikuti panduan semakan seperti berikut :

  1. Layari Laman Rasmi STR di atas.
  2. Halaman utama STR akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan atau log masuk menggunakan MyDigital ID.
  4. Setelah masukkan nombor kad pengenalan, klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Selesai.

AMAUN STR 2025

Berikut merupakan amaun STR yang dibayar pada tahun 2025 :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
      • RM1,000 (Tiada anak);
      • RM1,500 (1 – 2 anak);
      • RM2,000 (3 – 4 anak);
      • RM2,500 (5 anak ke atas).
    • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
      • RM500 (Tiada anak);
      • RM750 (1 – 2 anak);
      • RM1,000 (3 – 4 anak);
      • RM1,250 (5 anak ke atas).
  • KATEGORI WARGA EMAS :
    • RM600.
  • KATEGORI BUJANG :
    • RM600

TARIKH STR DIBAYAR 2025

STR dibayar secara berfasa mengikut tarikh berikut :

  • Fasa 1 : 22 Januari hingga 28 Januari 2025.
  • Fasa 2 : 24 Mac hingga 27 Mac 2025.
  • Fasa 3 : Julai hingga Ogos 2025.
  • Fasa 4 : November 2025.

*Tarikh STR Fasa 3 dan 4 masih belum diketahui dan akan dikemaskini kembali sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi.

CARA STR DIBAYAR 2025

Terdapat dua (2) cara bayaran STR kepada penerima, iaitu :

  1. Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima bagi penerima yang ada nombor akaun; atau
  2. Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima tiada nombor akaun atau status gagal kredit.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment