SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025 ONLINE : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Portal dan aplikasi MyKasih dibangunkan untuk memudahkan urusan rakyat untuk menyemak status kelayakan dan bayaran. Oleh itu, rakyat boleh membuat semakan status hanya secara online (atas talian) sahaja.
Bagaimanakah semakan status MyKasih secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS E-KASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
BILANGAN PENERIMA MYKASIH 2025
Bilangan penerima Bantuan MyKasih pada setiap tahun bertambah seramai berikut :
TAHUN PELAKSANAAN | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
2023 | 0.2 juta penerima (Status Miskin Tegar) |
2024 | 0.5 juta penerima (Status Miskin & Miskin Tegar) |
2025 | 5.4 juta penerima (Status Miskin, Miskin Tegar & Bukan Miskin) |
TARIKH KREDIT MYKASIH TERKINI 2025
Berikut merupakan tarikh terkini Bantuan MyKasih dikreditkan :
JENIS PENGKREDITAN MYKASIH | TARIKH KREDIT TERKINI |
---|---|
Dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan (KP) penerima | Bermula 01 Jun 2025 (Ahad) |
JUMLAH KREDIT MYKASIH TERKINI 2025
Bantuan MyKasih dikreditkan pada 01 Jun 2025 dengan jumlah sebanyak berikut :
KATEGORI PENERIMA | STATUS MISKIN | STATUS MISKIN TEGAR | STATUS BUKAN MISKIN |
---|---|---|---|
ISI RUMAH | RM200 | RM200 | RM100 |
WARGA EMAS | RM150 | RM150 | RM50 |
BUJANG | RM50 | RM50 | – |
SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025 ONLINE
Status kelayakan penerima Bantuan MyKasih boleh disemak secara online seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN KREDIT MYKASIH 2025 ONLINE
Status pengkreditan Bantuan MyKasih perlu disemak secara online melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Kredit Bantuan MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.