SEMAK ONLINE PLKN 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Pemilihan pelatih dan juga peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3/2025 adalah dipilih secara rawak dalam sistem komputer berdasarkan kriteria kelayakan individu. Bagi yang terpilih, perlu menjalani latihan selama tempoh 45 hari mengikut tarikh serta lokasi yang disediakan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).
Bagaimanakah semak online PLKN? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH MASUK BANTUAN STR FASA 3 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
TARIKH SEMAK ONLINE PLKN 2025
Untuk semakan penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3/2025 secara online, boleh mula disemak pada :
TARIKH SEMAKAN DIBUKA | MASA |
---|---|
17 JUN 2025 (SELASA) | Bermula 10:00 pagi |
SEMAK ONLINE PLKN 2025
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3/2025, ikuti semakan secara online seperti di bawah :

- Imbas kod QR yang tertera di atas; atau Layari Portal Rasmi Semakan PLKN di sini : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form.
- Halaman Semakan PLKN akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada kotak [/] Captcha βIβm not a robotβ.
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Status kelayakan PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar :
- [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0]
- Selesai.
*Nota : Semak senarai nama pelatih yang terpilih di sini : https://jlkn.mod.gov.my/images/plkn/SIRI3_505_515.pdf.
JADUAL LATIHAN PLKN 2025
Pelatih dan peserta yang terpilih akan menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3/2025 mengikut jadual seperti berikut :
TARIKH LATIHAN | TEMPOH | LOKASI PENEMPATAN |
---|---|---|
07 September 2025 sehingga 21 Oktober 2025 | 45 hari | Kem Askar Wataniah (AW) Rejimen 515, Kuala Lumpur |
07 September 2025 sehingga 21 Oktober 2025 | 45 hari | Kem Askar Wataniah (AW) Rejimen 505, Pekan Pahang |
SENARAI LATIHAN PLKN 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3/2025 akan melibatkan modul dan elemen berikut :
- Modul Fizikal : melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
- Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak : meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
- Elemen Khidmat Masyarakat : meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian PLKN : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538 (Waktu pejabat).
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan PLKN yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://jlkn.mod.gov.my.
mlgvuv