PERMOHONAN BANTUAN TAMBAHAN RM600 BUJANG 2025 : DAFTAR ONLINE SEKARANG
Bantuan Tambahan bukan sahaja diberikan kepada golongan berkeluarga, malah ia diberikan juga kepada golongan bujang yang belum berkahwin atau yang telah berpisah walaupun tiada anak. Bantuan Tambahan akan diagihkan sepanjang tahun 2025 bagi membantu golongan bujang menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bagaimanakah permohonan bantuan tambahan rm600 bujang? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 : CHECK STATUS SEKARANG
KAEDAH AGIHAN BANTUAN TAMBAHAN 2025
Kaedah agihan Bantuan Tambahan kepada golongan bujang bergantung kepada negeri penerima seperti berikut :
- Penerima di negeri-negeri Semenanjung Malaysia :
- Akan diagihkan secara ansur RM50 setiap bulan selama tempoh 12 bulan melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan penerima untuk menampung kos pembelian barang keperluan asas.
- Penerima di negeri Sabah dan Sarawak :
- Akan diagihkan secara ansur RM300 dua (2) kali setahun melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima atau diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN BUJANG 2025
Antara syarat-syarat kelayakan untuk permohonan Bantuan Tambahan Bujang adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus Bujang / Balu / Janda / Duda tiada anak;
- Had umur 21 hingga 59 tahun;
- Bekerja di Malaysia dengan pendapatan tidak melebihi RM2,500 atau di bawah garis PGK semasa;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Merupakan penerima Bantuan STR 2025;
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.
PERMOHONAN BANTUAN TAMBAHAN RM600 BUJANG 2025
Berikut merupakan panduan lengkap permohonan untuk bujang melalui pautan portal rasmi :
- Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Sila pilih [Status Perkahwinan] sebagai ‘Bujang’.
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
*Sekiranya permohonan telah dibuat, seterusnya anda perlu mendaftarkan diri dengan e-Kasih sebagai penerima berstatus Miskin dan Miskin Tegar.
PENDAFTARAN BANTUAN TAMBAHAN RM600 BUJANG
Ikuti panduan pendaftaran Bantuan Tambahan untuk bujang seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
- Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
- Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MySARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]