SEMAKAN MATRIKULASI : SEMAK STATUS TAWARAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN MATRIKULASI : SEMAK STATUS TAWARAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Kolej Matrikulasi adalah sebuah pusat pengajian prauniversiti yang menawarkan pengajian dalam tempoh yang singkat khas untuk bumiputera yang memperoleh keputusan SPM yang cemerlang sebagai persediaan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Bagaimanakah semakan tawaran Matrikulasi? Ikuti panduan dan maklumat lebih terperinci di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN TINGKATAN 6 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

KELEBIHAN MATRIKULASI

Pelbagai kelebihan yang ditawarkan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke Matrikulasi, antaranya ialah :

  • Prauniversiti : Laluan pantas ke universiti untuk pengajian peringkat ijazah;
  • Pengiktirafan : 56 universiti antarabangsa yang berprestij;
  • Yuran : Pengajian dan penginapan percuma;
  • Bantuan Kewangan : RM2,500 setahun kepada pelajar yang layak;
  • Kebolehpasaran : 99% pelajar dapat menyambung pengajian ke universiti awam;
  • Tempat pengajian : Terdapat 15 Kolej Matrikulasi dan 2 Kolej MARA.

SENARAI JURUSAN MATRIKULASI

Antara jurusan-jurusan yang ditawarkan adalah :

  • Jurusan Sains;
  • Jurusan Kejuruteraan;
  • Jurusan Perakaunan & Perakaunan Profesional;
  • Jurusan Sains Komputer.

*Nota : Setiap jurusan akan ditempatkan di kolej-kolej yang berlainan seluruh Malaysia.

SYARAT LAYAK MATRIKULASI

Berikut merupakan syarat kelayakan pemohon yang ditetapkan :

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Umur pemohon tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan;
  • Pemohon mestilah calon lepasan SPM semasa;
  • Memenuhi syarat gred bagi setiap jurusan yang dipohon (rujuk : Syarat Kelayakan Setiap Jurusan)

SEMAKAN TAWARAN MATRIKULASI

Untuk mengetahui sama ada layak atau tidak terima tawaran,ikuti panduan semakan di bawah :

  1. Layari Laman Web Rasmi KPM; atau klik pautan di atas.
  2. Bahagian utama halaman akan dipaparkan.
  3. Klik pada tiga (3) garis di sebelah kanan atas.
  4. Kemudian, pilih menu semakan.
  5. Klik pada [Semakan Keputusan Calon Jaya].
  6. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang sah.
  7. Klik pada butang [Masuk].
  8. Status keputusan akan dipaparkan.
  9. Selesai.

YURAN PENDAFTARAN MATRIKULASI

Berikut merupakan perincian yuran pendaftaran mengikut jurusan yang dipilih :

JENIS JURUSANKADAR YURAN
DUA SEMESTER
KADAR YURAN
EMPAT SEMESTER
SainsRM599.00Semester I : RM599.00
Semester II : RM284.00
KejuruteraanRM599.00
PerakaunanRM546.00
Perakaunan Profesional
(JPPro)**
RM546.00
(Tambahan RM600.00
bagi Semester I untuk
pembelian buku
dan
Semester II mengikut kadar
semasa
*Nota : Bayaran tambahan RM0.60 dikenakan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).

BANTUAN SARA HIDUP PELAJAR MATRIKULASI

Setelah 43 hari daripada tarikh pelajar daripada keluarga B40 disahkan beserta dokumen yang lengkap, Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) akan dikreditkan terus ke dalam akaun pelajar dengan jumlah sebanyak RM1,250.00 pada setiap semester.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Pelajar Matrikulasi, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/Bahagian%20dan%20Unit/Bahagian%20Matrikulasi/Soalan%20Lazim%20Program%20Matrikulasi%20-%20Kemaskini%20Mei%202025.pdf.

1 thought on “SEMAKAN MATRIKULASI : SEMAK STATUS TAWARAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment