SEMAKAN PERMOHONAN MATRIKULASI 2025 : SEMAK STATUS KEPUTUSAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Bagi individu yang telah mengemukakan permohonan perlanjutan pengajian ke Kolej Matrikulasi fasa yang pertama (1), kini boleh menyemak status keputusan permohonan sama ada layak atau tidak mengikuti pengajian sesi akademik 2025 / 2026.
Bagaimanakah semakan permohonan Matrikulasi? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MATRIKULASI MOE GOV MY : CHECK STATUS KEPUTUSAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
KEISTIMEWAAN TAWARAN MATRIKULASI 2025
Berikut merupakan antara keisitimewaan tawaran pengajian Matrikulasi :
- Prauniversiti : Laluan pantas ke universiti;
- Pengiktirafan : 56 universiti antarabangsa yang berprestij;
- Yuran : Pengajian dan penginapan percuma;
- Bantuan Kewangan : RM2,500 setahun kepada pelajar yang layak;
- Kebolehpasaran : 99% pelajar dapat menyambung pengajian ke universiti awam;
- Tempat pengajian : Terdapat 15 Kolej Matrikulasi dan 2 Kolej MARA.
SENARAI JURUSAN MATRIKULASI 2025
Calon yang layak boleh memohon pangajian mana-mana jurusan yang diminati seperti berikut :
BIL. | JENIS JURUSAN DITAWARKAN |
---|---|
1. | Sains |
2. | Sains Komputer |
3. | Kejuruteraan |
4. | Perakaunan |
5. | Perakaunan Profesional (JPPro) |
SYARAT PERMOHONAN MATRIKULASI 2025
Permohonan ke Kolej Matrikulasi akan diambil kira sekiranya pemohon memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
- Umur pemohon tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan;
- Pemohon mestilah calon lepasan SPM semasa.
*Serta memenuhi syarat-syarat jurusan yang dipilih. (Semak syarat permohonan setiap jurusan di sini : https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/Bahagian%20dan%20Unit/Bahagian%20Matrikulasi/Program%20Matrikulasi%2013022025.pdf)
SEMAKAN PERMOHONAN MATRIKULASI 2025
Bagi yang telah memohon pengajian ke Kolej Matrikulasi sesi 2025 / 2026, ikuti cara semakan keputusan permohonan seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi Matrikulasi di sini : https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm.
- Bahagian utama halaman akan dipaparkan.
- Klik pada tiga (3) garis di sebelah kanan atas.
- Kemudian, pilih menu semakan.
- Klik pada [Semakan Keputusan Calon Jaya].
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang sah.
- Klik pada butang [Masuk].
- Status keputusan akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR YURAN PENDAFTARAN MATRIKULASI 2025
Setiap jurusan ditetapkan dengan kadar yuran pendaftaran yang berbeza seperti berikut :
JENIS JURUSAN | KADAR YURAN DUA SEMESTER | KADAR YURAN EMPAT SEMESTER |
---|---|---|
Sains | RM599 | Semester I : RM599 Semester II : RM284 |
Kejuruteraan | RM599 | – |
Perakaunan | RM546 | – |
Perakaunan Profesional (JPPro)** | RM546 (Tambahan Semester I : RM600 bagi pembelian buku dan Semester II mengikut kadar semasa bagi setiap kertas ACCA) | – |
BANTUAN SARA HIDUP PELAJAR MATRIKULASI 2025
Setelah 43 hari daripada penerimaan dokumen daripada pelajar yang layak, Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) akan dimasukkan terus ke dalam akaun pelajar dengan jumlah sebanyak RM1,250 pada setiap semester.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Matrikulasi, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- E-mel kepada: [email protected]; atau
- Hubungi Talian : 03-8884 4083 / 4042 / 4098.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/Bahagian%20dan%20Unit/Bahagian%20Matrikulasi/Soalan%20Lazim%20Program%20Matrikulasi%20-%20Kemaskini%20Mei%202025.pdf.