BILA TARIKH BAYAR SYUKUR SABAH FASA 2 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
Peringkat bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) kini memasuki bayaran fasa yang kedua pada tahun ini. Penerima sedia ada dan penerima baharu merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan bujang akan menerima bayaran secara berperingkat pada bulan April hingga Mei.
Bagaimanakah semak tarikh bayar SYUKUR Sabah Fasa 2 dan semak kelayakan penerima? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : LIST BARANG MYKASIH : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
BILA TARIKH BAYAR SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Tarikh bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 2 adalah seperti berikut :
- April 2025 : Penerima sedia ada melalui akaun bank.
- April hingga Mei 2025 : Penerima sedia ada secara tunai.
- Mei 2025 : Penerima baharu.
*Nota : Hanya penerima yang disahkan layak akan menerima makluman tarikh bayaran yang sah.
JUMLAH BAYAR SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Setiap penerima yang disahkan layak akan menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 2 dengan jumlah yang sama, iaitu sebanyak berikut :
- Gabungan dari bulan April RM300 + Mei RM300 + Jun RM300 :
- Dibayar sekaligus fasa 2 : RM900 / setiap penerima.
KAEDAH BAYAR SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Kaedah bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 2 adalah bergantung kepada penerima seperti berikut :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
- Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’ :
- Diberikan secara tunai di kaunter bank.
- Penerima Ada Aplikasi YONO Superapp :
- Dikreditkan melalui e-Wallet dalam aplikasi YONO Superapp.
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Untuk mengetahui kelayakan sebagai penerima bayaran SYUKUR Sabah Fasa 2, ikuti cara semakan berikut :
- Layari laman Portal Rasmi Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my.