MYKASIH KELAYAKAN 2025 : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

MYKASIH KELAYAKAN 2025 : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

MyKad (Kad Pengenalan) rakyat dewasa yang bestatus ‘Layak’ kini digunakan untuk penerimaan bayaran Bantuan MyKasih dan penerima perlu menggunakannya untuk pembayaran tanpa tunai bagi pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan serta barang sekolah.

Bagaimanakah semak status kelayakan MyKasih? Ikuti panduan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH STR : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

MYKASIH KELAYAKAN 2025

Syarat kelayakan penerima MyKasih pada tahun ini terbahagi kepada dua (2) golongan, iaitu:

  • Golongan ‘Miskin & Miskin Tegar’ :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Golongan ‘Asas Bukan Miskin’ :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

BILANGAN PENERIMA MYKASIH 2025

Seiring dengan peningkatan peruntukan, bilangan penerima MyKasih juga bertambah setiap tahun seperti berikut :

TAHUN PELAKSANAANBILANGAN PENERIMA
20230.2 juta penerima
*Miskin Tegar
20240.7 juta penerima
*Miskin dan Miskin Tegar
20255.4 juta penerima
*Miskin, Miskin Tegar dan Bukan Miskin

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYKASIH 2025

Untuk mengetahui status layak atau tidak terima Bantuan MyKasih, ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

JUMLAH BAYARAN MYKASIH 2025

Jumlah pembayaran Bantuan MyKasih adalah bergantung kepada kelayakan penerima seperti berikut :

PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGARPENERIMA ASAS BUKAN MISKIN
ISI RUMAH :
RM2,100 / setahun
(RM100 Jan – Mac)
(RM200 Apr – Dis)
ISI RUMAH :
RM900 / setahun
(RM100 Apr – Dis)
WARGA EMAS :
RM1,650 / setahun
(RM100 Jan – Mac)
(RM150 Apr – Dis)
WARGA EMAS :
RM450 / setahun
(RM50 Apr – Dis)
BUJANG :
RM600 / setahun
(RM50 Jan – Dis)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment