SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH ONLINE : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Kini selain daripada barang dapur, penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih juga boleh membuat pembelian barangan keperluan asas lain seperti produk kebersihan diri, ubat-ubatan serta barang sekolah anak dengan menggunakan kad pengenalan (KP) sahaja.
Bagaimanakah semakan status penerima SARA MyKasih secara online? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKASIH SARA 100 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
PAUTAN PORTAL RASMI SARA MYKASIH
Berikut merupakan pautan Portal Rasmi SARA MyKasih yang boleh diakses untuk semakan status :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi SARA MyKasih | https://mykasih.com.my |
PANDUAN SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH ONLINE
Ikuti panduan lengkap cara semakan status kelayakan penerima Bantuan SARA MyKasih secara online seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi SARA MyKasih; atau klik pautan di atas.
- Halaman utama Portal Rasmi SARA MyKasih akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-)
- Contoh : 880230113456.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima SARA MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
PANDUAN SEMAKAN BAKI SARA MYKASIH ONLINE
Untuk mengetahui baki Bantuan SARA MyKasih dalam kad pengenalan, semakan hanya boleh dilakukan melalui aplikasi rasmi MyKasih seperti panduan berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda.
- Contoh : 0123456789.
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan SARA MyKasih dalam kad pengenalan akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN SARA MYKASIH
Bantuan SARA MyKasih dibayar berdasarkan kelayakan penerima seperti berikut :
ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
RM2,100 / setahun (Isi Rumah Daftar e-Kasih) | RM1,650 / setahun (Warga Emas Daftar e-Kasih) | RM600 / setahun (Bujang Daftar e-Kasih) |
RM900 / setahun (Isi Rumah Bukan e-Kasih) | RM450 / setahun (Warga Emas Bukan e-Kasih) | RM0 / setahun (Bujang Bukan e-Kasih) |
TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH
Pembayaran Bantuan SARA MyKasih adalah dijadualkan pada setiap bulan seperti tarikh berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | BAYARAN SESI 1 15 JANUARI 2025 HINGGA 1 MAC 2025 | BAYARAN SESI 2 1 APRIL 2025 HINGGA 1 DISEMBER 2025 |
---|---|---|
Penerima Daftar e-Kasih | Isi Rumah : RM100/ sebulan Warga Emas : RM100/ sebulan Bujang : RM50/ sebulan | Isi Rumah : RM200/ sebulan Warga Emas : RM150/ sebulan Bujang : RM50/ sebulan |
Penerima Bukan e-Kasih | – | Isi Rumah : RM100/ sebulan Warga Emas : RM50/ sebulan Bujang : Tiada |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.