BANTUAN RM300 SEBULAN 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN RM300 SEBULAN 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Bantuan kewangan yang dibayar sebanyak RM300/sebulan adalah di bawah sebuah program Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang khas untuk membantu rakyat negeri Sabah serta yang bermastautin di Sabah.

Bagaimanakah semak status penerima Bantuan RM300 sebulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN SARA MYKASIH : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

TUJUAN BAYARAN BANTUAN RM300 SEBULAN 2025

Pemberian Bantuan SYUKUR Sabah RM300 setiap bulan adalah bertujuan untuk :

  • Meringankan Beban Kewangan :
    • Dengan bantuan RM300 sebulan, penerima dapat menggunakannya untuk keperluan asas seperti makanan dan perbelanjaan harian.
  • Meningkatkan Taraf Hidup :
    • Bantuan ini dapat membantu keluarga miskin memenuhi keperluan pendidikan dan penjagaan kesihatan anak-anak mereka.
  • Memberi Harapan Kepada Golongan Miskin :
    • Bantuan kewangan ini bukan sahaja menyokong dari segi kewangan tetapi juga memberikan harapan kepada golongan miskin untuk membina kehidupan yang lebih baik.

JADUAL BAYARAN BANTUAN RM300 SEBULAN 2025

Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan SYUKUR Sabah RM300 setiap bulan :

FASA BAYARANJUMLAH BANTUANTARIKH BAYARAN
Pertama (1)Januari : RM300
Februari : RM300
Mac : RM300
Februari (RM900)
Kedua (2)April : RM300
Mei : RM300
Jun : RM300
April – Mei (RM900)
Ketiga (3)Julai : RM300
Ogos : RM300
September : RM300
September (RM900)
Keempat (4)Oktober : RM300
November : RM300
Disember : RM300
Oktober (RM900)

CARA BAYARAN BANTUAN RM300 SEBULAN 2025

Terdapat tiga (3) cara pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah RM300 setiap bulan, iaitu melalui :

  • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
  • Tunai di kaunter bank bagi yang tiada akaun bank; atau
  • Melalui e-Wallet aplikasi YONO Superapp.

SYARAT PENERIMA BANTUAN RM300 SEBULAN 2025

Antara syarat penerima Bantuan SYUKUR Sabah sebanyak RM300 setiap bulan adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun sebelum 31 Disember 2024;
  • Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ dan bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya satu tahun;
  • KIR yang didaftarkan sebagai miskin atau miskin tegar dalam eKasih atau PADANS setakat 31 Disember 2024;
  • KIR yang belum tersenarai dalam eKasih tetapi mempunyai pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

PANDUAN SEMAKAN STATUS BANTUAN RM300 SEBULAN 2025

Ikuti panduan semakan status Bantuan SYUKUR Sabah seperti berikut :

  1. Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Klik pada butang [Semak].
  5. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. ⁠Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. ⁠Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my.

Leave a Comment