LOGIN SARA MYKASIH ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
Inisiatif Bantuan Sara yang dikendalikan di bawah program MyKasih untuk tahun 2024 bakal selesai diagihkan kepada hampir 60 peratus (%) rakyat dewasa di Malaysia merangkumi golongan yang berkeluarga dan golongan bujang melalui pelbagai jenis pengagihan.
Bagaimanakah cara login sara mykasih untuk semakan status? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PEMBAYARAN SARA DIRI ONE OFF (RM300/RM150)
JENIS AGIHAN SARA MYKASIH
Terdapat tiga (3) jenis agihan Bantuan Sara di bawah MyKasih, antaranya ialah :
- Secara ansur setiap bulan :
- Kepada penerima berstatus Miskin dan Miskin Tegar di Semanjung Malaysia.
- Secara ansur dua (2) kali setahun :
- Kepada penerima berstatus Miskin dan Miskin Tegar di Sabah dan Sarawak.
- Secara sekaligus (one-off) :
- Kepada penerima berstatus Bukan Miskin di Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
TARIKH AGIHAN SARA ONE OFF 2024
Pengagihan Bantuan Sara secara one off (sekaligus) adalah seperti tarikh berikut :
TARIKH MULA AGIHAN SARA | TARIKH AKHIR AGIHAN SARA |
---|---|
9 DISEMBER 2024 | ** DISEMBER 2024 |
KADAR AGIHAN SARA ONE OFF 2024
Kadar agihan Bantuan Sara secara one off (sekaligus) adalah terbahagi kepada dua (2) golongan, iaitu :
GOLONGAN PENERIMA | KADAR AGIHAN SARA ONE OFF |
---|---|
Berkeluarga : Berpasangan (ada / tiada anak) atau Ibu/bapa tunggal (ada anak) | RM300 setiap ketua keluarga |
Bujang / Balu / Janda / Duda (tiada anak) : Berumur 21 hingga 59 tahun atau Berumur 60 tahun ke atas | RM150 setiap individu |
PAUTAN LOGIN SARA MYKASIH
Berikut merupakan pautan Portal Rasmi MyKasih :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
PANDUAN SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH ONE OFF 2024
Ikuti panduan login (log masuk) di portal rasmi MyKasih untuk semakan status :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
Terima
Good