PEMBAYARAN SARA DIRI ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

PEMBAYARAN SARA DIRI ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

Rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana pastinya merasa terbeban untuk menyara diri dan keluarga (bagi yang telah berkeluarga) dimasa kini berikut peningkatan kos sara hidup yang saban hari semakin meningkat. Oleh itu, bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Sara Diri.

Bagaimanakah semakan status pembayaran sara diri secara one off? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : CHECK SARA MYKASIH RM100 : CEK STATUS PENERIMA

TARIKH BAYARAN SARA DIRI ONE OFF 2024

Kerajaan akan membayar Bantuan Sara Diri secara berperingkat bermula pada tarikh 9 Disember 2024, Isnin dan kemungkinan berlanjutan selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari daripada tarikh tersebut. Ia dibayar secara berperingkat kerana seramai 8 juta rakyat yang akan menerima Bantuan Sara Diri.

KAEDAH BAYARAN SARA DIRI ONE OFF 2024

Terdapat dua (2) kaedah bayaran Bantuan Sara Diri kepada 8 juta penerima, iaitu :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.

JUMLAH BAYARAN SARA DIRI ONE OFF 2024

Bantuan Sara Diri akan dibayar mengikut jumlah yang ditetapkan kepada setiap kategori penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah Berpasangan (Ada / Tiada anak) : RM300 one off (sekaligus);
    • Isi Rumah Tunggal (Ada anak) : RM300 one off (sekaligus).
  • Kategori Bujang / Balu / Duda / Janda (Tiada anak) :
    • Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun : RM150 one off (sekaligus);
    • Bujang Berumur 60 tahun dan ke atas : RM150 one off (sekaligus).

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN SARA DIRI ONE OFF 2024

Untuk mengetahui status pembayaran Bantuan Sara Diri telah dikreditkan atau belum, sila ikuti cara semakan status pada pautan rasmi di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak Sara one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
  11. Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
  12. Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
  13. Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
  14. Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
  15. Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
  16. Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
  17. Selesai.

RUJUKAN

Leave a Comment