BANTUAN KAD PEKERJA MADANI 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Satu inisiatif Kerajaan MADANI telah diperkenalkan khusus untuk ahli kesatuan sekerja bagi meringankan beban kos sara hidup pekerja serta menggalakkan penyertaan aktif dalam kesatuan sekerja.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan kad pekerja madani 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK BANTUAN MYKASIH RM100 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU BANTUAN KAD PEKERJA MADANI
Satu inisiatif Kerajaan MADANI telah diperkenalkan pada 1 Mei 2025 sempena sambutan Hari Pekerja iaitu Kad Pekerja MADANI, khusus untuk ahli kesatuan sekerja menikmati pelbagai diskaun dan kemudahan sehingga 30% di lebih 100 syarikat di seluruh Negara yang menawarkan barangan keperluan dan perkhidmatan.
SYARAT KELAYAKAN KAD PEKERJA MADANI
Syarat Kelayakan Bantuan Kad Pekerja Madani mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia; DAN
- Ahli aktif mana-mana kesatuan sekerja berdaftar yang disahkan oleh kesatuan tersebut;
CARA DAFTAR KAD KESATUAN PEKERJA MADANI
Panduan lengkap permohonan Bantuan Kad Pekerja Madani 2025 secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Kad Pekerja MADANI: https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan, kemudian tekan [Daftar Sekarang] di bahagian atas skrin.
- Isi Maklumat yang diminta dengan lengkap pada ruangan yang disediakan seperti [Jenis Kad Pengenalan], [Nombor Kad Pengenalan], [Nama Penuh], [Emel], dan [Kata Laluan].
- Kemudian, tanda [/] pada ruangan kotak [Saya Bersetuju Dengan Terma & Syarat].
- Log Masuk ke sistem selepas daftar.
- Isi [Maklumat Diri], [Keahlian Kesatuan] dan [Maklumat Majikan] dengan lengkap.
- Hantar Permohonan dan Permohonan akan disemak serta disahkan oleh Wakil Kesatuan.
- Setelah permohonan diluluskan, Sekiranya permohonan anda telah diluluskan, anda akan menerima Kad Digital dan boleh digunakan di premis rakan strategik dengan mengimbas Kod QR atau menunjukkan Kad Digital.
- Selesai.
SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA KAD PEKERJA MADANI
Panduan lengkap semakan status permohonan Bantuan Kad Pekerja Madani 2025 secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Kad Pekerja MADANI: https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan, kemudian tekan [Log Masuk].
- Klik pada [Ahli Kesatuan – Kad Pekerja MADANI].
- Pilih Jenis Kad Pengenalan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan mengikut Jenis Kad Pengenalan yang dipilih.
- Kemudian masukkan [Kata Laluan] mengikut Kata Laluan yang didaftarkan.
- Tanda [/] pada ruangan kotak [Ingati Saya].
- Tekan [Log Masuk].
- Klik [Semak Status].
- Sekiranya permohonan anda telah diluluskan, anda akan menerima Kad Digital dan boleh digunakan di premis rakan strategik dengan mengimbas Kod QR atau menunjukkan Kad Digital.
- Selesai.
MANFAAT BANTUAN KAD PEKERJA MADANI
Kelebihan dan manfaat yang bakal diterima oleh pemilik Kad Pekerja Madani adalah seperti berikut:
- Diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat termasuk pasar raya dan jenama popular seperti berikut:
- AEON / Mydin / Jakel / Giant / Lotus’s
- Marrybrown / Zus Coffee / Old Town White Coffee
- Genting / SOCAR / Bateriku
- Diskaun istimewa untuk servis kenderaan, barangan asas, perkhidmatan harian, serta akses kepada promosi acara dan perkhidmatan peribadi.
- Peluang menyertai program latihan dan kemahiran yang ditawarkan secara bersubsidi.
- Bantuan kebajikan dan keselamatan sosial termasuk bantuan kecemasan dan perkhidmatan kesihatan.
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan Kad Pekerja MADANI, anda boleh terus rujuk Portal Rasmi Kad Pekerja MADANI di bawah ini.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/#faq