SEMAKAN PENERIMA MYKASIH SARA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Setiap ketua isi rumah khususnya golongan sasar yang berpendapatan rendah tentunya merasa terbeban dengan peningkatan kos sara hidup. Oleh itu, Bantuan SARA MyKasih diteruskan bagi membantu ketua isi rumah untuk menampung kos sara hidup sepanjang tahun 2025 ini.
Bagaimanakah semakan penerima MyKasih SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH RM100 SEMAKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
CARA BAYARAN MYKASIH SARA 2025
Pembayaran Bantuan SARA MyKasih telah diselaraskan kepada semua penerima setiap negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu bantuan dibayar melalui kad pintar IC penerima setiap bulan.
Setelah Bantuan SARA MyKasih dikreditkan, penerima boleh terus menggunakannya untuk pembayaran barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan serta barang persekolahan anak.
KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH SARA 2025
Terdapat dua (2) kelayakan penerima Bantuan SARA MyKasih pada tahun 2025, iaitu :
- Miskin & Miskin Tegar Daftar e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Asas Bukan Miskin :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
JUMLAH BAYARAN MYKASIH SARA 2025
Jumlah bayaran Bantuan SARA MyKasih kepada isi rumah adalah berbeza mengikut kelayakan berikut :
PENERIMA ISI RUMAH MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA ISI RUMAH ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
RM100 / RM200 sebulan | RM100 sebulan |
RM2,100 setahun | RM900 setahun |
JADUAL BAYARAN MYKASIH SARA 2025
Bayaran Bantuan SARA MyKasih adalah mengikut jadual seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | BAYARAN SESI 1 15 JANUARI 2025 HINGGA 1 MAC 2025 | BAYARAN SESI 2 1 APRIL 2025 HINGGA 1 DISEMBER 2025 |
---|---|---|
Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar | RM100 setiap bulan | RM200 setiap bulan |
Isi Rumah Asas Bukan Miskin | – | RM100 setiap bulan |
SEMAKAN PENERIMA MYKASIH SARA 2025
Semak status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan SARA MyKasih melalui panduan berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.