SEMAKAN BANTUAN SARA 2025 KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BANTUAN SARA 2025 KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Pelbagai usaha Kerajaan MADANI bagi memenuhi keperluan rakyat termasuk menyediakan barangan kebersihan rumah sebagai tambahan kepada barangan asas Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula Mei 2025.

Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STATUS SARA 2025 KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

KELAYAKAN BANTUAN SARA 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

PENERIMA SARA SEDIA ADAPENERIMA SARA BAHARU
Berstatus Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-KasihBukan berstatus e-Kasih
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Kategori
Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
Kategori
Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan

KADAR BANTUAN SARA 2025

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 adalah seperti berikut:

  • Penerima Sedia Ada
PENERIMA SEDIA ADA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi Rumah
(RM2,100 Setahun)
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
(RM1,650 Setahun)
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
(RM600 Setahun)
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Penerima Baharu
PENERIMA BAHARU
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi Rumah
(RM900 Setahun)
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
(RM450 Setahun)
RM50/bulan (bermula April – Disember)

PORTAL SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA ONLINE

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai.

Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  7. Selesai.

KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN SARA 2025

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan akan menerima kredit bulanan melalui MyKad (IC) untuk mendapatkan 14 Kategori Produk Barangan Keperluan Asas yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan, barangan persekolahan, dan barangan kebersihan rumah di pasar raya/kedai yang terpilih dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).

CARA PEMBELIAN BARANGAN ASAS SARA GUNA MYKAD

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan (berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SEMAKAN BAKI KREDIT BANTUAN SARA 2025

Baki Bantuan SARA dalam MyKad penerima boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Untuk makluman, baki kredit bulanan SARA tidak akan luput dan boleh digunakan sepanjang tahun dan akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment