SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 100 2025 : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Program MyKasih yang melaksanakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI bermula sejak tahun 2023 dan diteruskan lagi pada tahun 2025 dengan meningkatkan jumlah penerima dan peruntukan bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia.
Bagaimanakah semakan Bantuan MyKasih 100? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA : REGISTER ONLINE SEKARANG
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH 100 2025
Pembayaran Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 adalah setiap bulan mengikut tarikh seperti berikut :
BIL. | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | 01April 2025 (Selasa) | RM100 |
2. | 01Mei 2025 (Khamis) | RM100 |
3. | 01 Jun 2025 (Ahad) | RM100 |
4. | 01Julai 2025 (Selasa) | RM100 |
5. | 01 Ogos 2025 (Jumaat) | RM100 |
6. | 01September 2025 (Isnin) | RM100 |
7. | 01 Oktober 2025 (Rabu) | RM100 |
8. | 01November 2025 (Sabtu) | RM100 |
9. | 01 Disember 2025 (Isnin) | RM100 |
= RM900 |
SYARAT PENERIMA BANTUAN MYKASIH 100 2025
Bantuan MyKasih yang disalurkan sebanyak RM100 setiap bulan adalah khas untuk penerima yang memenuhi syarat berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Golongan isi rumah berpasangan (ada / tiada anak) atau isi rumah tunggal (ada anak);
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 dan 2025.
SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 100 2025
Berikut merupakan pautan laman web rasmi MyKasih yang boleh diakses untuk semakan status kelayakan penerima :
- Laman web rasmi MyKasih : https://mykasih.com.my.
Ikuti panduan semakan status penerima sama ada layak atau tidak terima Bantuan MyKasih RM100 seperti di bawah :
- Sila layari laman web rasmi MyKasih di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYKASIH 100 2025
Daripada 5.4 juta penerima keseluruhan Bantuan MyKasih, hanya direkodkan seramai 3.4 juta sahaja penerima yang layak menerima bayaran Bantuan MyKasih sebanyak RM100 setiap bulan yang bermula pada bulan April hingga Disember 2025.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.