SEMAK BANTUAN MYKASIH RM100 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK BANTUAN MYKASIH RM100 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Berdasarkan rekod penerima, dianggarkan seramai 3.4 juta ketua isi rumah daripada golongan berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) layak untuk menerima Bantuan MyKasih secara bulanan bernilai RM100 sebulan selama tempoh 9 bulan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKasih RM100? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN SEMULA SPM : PERMOHONAN SECARA ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

SEMAK BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Semakan hanya boleh dilakukan di Laman Web Rasmi MyKasih seperti pautan di bawah :

Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKasih RM100 seperti berikut :

  1. Sila layari Laman Web Rasmi MyKasih pada pautan di atas.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SEMAK BAKI BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Bagi yang telah disahkan status sebagai penerima Bantuan MyKasih, penerima boleh mengetahui baki yang ada dalam MyKad mengikut panduan berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Pembayaran Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 kepada isi rumah adalah selama tempoh 9 bulan mengikut tarikh berikut :

  • 01/04/2025 (Selasa) : RM100.
  • 01/05/2025 (Khamis) : RM100.
  • 01/06/2025 (Ahad) : RM100.
  • 01/07/2025 (Selasa) : RM100.
  • 01/08/2025 (Jumaat) : RM100.
  • 01/09/2025 (Isnin) : RM100.
  • 01/10/2025 (Rabu) : RM100.
  • 01/11/2025 (Sabtu) : RM100.
  • 01/12/2025 (Isnin) : RM100.

*Sekiranya Bantuan MyKasih tidak digunakan pada bulan sebelum ini, baki akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan pada bulan semasa sah sehingga 31/12/2025 sahaja.

SENARAI KEGUNAAN BANTUAN MYKASIH 2025

Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad adalah khas untuk digunakan bagi pembelian barangan-barangan seperti senarai berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment