SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM200 2025 : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Sebulan sekali rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat serta disahkan status kelayakan akan menerima pengkreditan Bantuan MyKasih bagi membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan serta baranga sekolah.
Bagaimanakah semakan Bantuan MyKasih RM200? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MYKAD MYKASIH 100 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM200 2025
Hanya yang memenuhi syarat kelayakan berikut akan dipilih menjadi penerima Bantuan MyKasih bernilai RM200 :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH RM200 2025
Bayaran Bantuan MyKasih adalah setiap bulan mengikut tarikh seperti berikut :
- 15/01/2025 (Rabu) : RM100.
- 01/02/2025 (Sabtu) : RM100.
- 01/03/2025 (Sabtu) : RM100.
- 01/04/2025 (Selasa) : RM200.
- 01/05/2025 (Khamis) : RM200.
- 01/06/2025 (Ahad) : RM200.
- 01/07/2025 (Selasa) : RM200.
- 01/08/2025 (Jumaat) : RM200.
- 01/09/2025 (Isnin) : RM200.
- 01/10/2025 (Rabu) RM200.
- 01/11/2025 (Sabtu) : RM200.
- 01/12/2025 (Isnin) : RM200.
SISTEM BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2025
Pembayaran Bantuan MyKasih adalah melalui sistem seperti berikut :
- Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan Mykasih, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan penerima dalam sistem Mykasih yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
- Penerima akan menerima elaun bulanan RM200 setiap bulan melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
- Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.
SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM200 2025
Ikuti cara semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKasih RM200 seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.