PENDAFTARAN LESEN MEMANDU PERCUMA : SESI 2025 PANDUAN LENGKAP CARA MOHON SECARA ONLINE SEKARANG

PENDAFTARAN LESEN MEMANDU PERCUMA : SESI 2025 PANDUAN LENGKAP CARA MOHON SECARA ONLINE SEKARANG

Kerjasama antara Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meneruskan lagi Program MyLesen B2 iaitu Bantuan Lesen Memandu Percuma khas untuk golongan B40 yang kurang berkemampuan untuk mendapatan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara sah.

Bagaimanakah pendaftaran Lesen Memandu Percuma? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN PESERTA TERPILIH PLKN : SESI 2025 SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

PENGENALAN PROGRAM LESEN MEMANDU PERCUMA

Program Lesen Memandu Percuma atau rasminya diperkenalkan MyLesen B2 yang merupakan sebuah inisiatif kerajaan bagi memperkasa penerima atau tanggungan yang berpendapatan rendah (B40) untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) tanpa sebarang kos yuran.

Pihak kerajaan meneruskan lagi program ini pada tahun ini untuk menaiktaraf kehidupan rakyat dan membuka lebih peluang menambah pendapatan. Selain itu juga, Kerajaan memperluaskan di institusi pendidikan untuk membantu pelajar dan belia yang kurang berkemampuan mendapatkan lesen.

IMPAK PROGRAM LESEN MEMANDU PERCUMA

Antara impak yang diperoleh daripada Program Lesen Memandu Percuma adalah :

  • Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Motosikal B2 secara sah;
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu;
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang yang kompeten.

SYARAT PENERIMA LESEN MEMANDU PERCUMA

Bantuan Lesen Memandu Percuma adalah khas untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 16 tahun hingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan;
  • Merupakan pelajar sekolah / institut pengajian tinggi / golongan belia;
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
  • Sihat Fizikal dan Mental;
  • Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan;
  • Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan / badan swasta / institusi kewangan semasa mengemukakan permohonan.

TARIKH PENDAFTARAN LESEN MEMANDU PERCUMA

Jangkaan Program Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) akan berlangsung dari Februari sehingga Oktober 2025 seperti tahun lalu. Walaubagaimanapun, pihak berwajib belum membuat sebarang mengumuman tarikh pendaftaran yang rasmi. Namun begitu, pendaftaran biasanya dibuka sehingga kuota yang ditetapkan penuh.

Jumlah kuota yang ditetapkan bagi setiap cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara adalah berbeza. Contohnya JPJ negeri Melaka menetapkan hanya seramai 25 orang setiap DUN dan lain-lain.

PANDUAN CARA PENDAFTARAN / MOHON LESEN MEMANDU PERCUMA

Sekiranya pendaftaran / permohonan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) di JPJ negeri anda telah dibuka, ikuti panduan cara pendaftaran seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi JPJ, dan CETAK borang permohonan lesen percuma : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama.
  2. Isi borang permohonan yang disediakan dengan lengkap.
  3. Sertakan sekali dokumen lengkap yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.
  4. Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.
  5. Apabila permohonan diluluskan. Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
  6. Selesai.

INFO TAMBAHAN LESEN MEMANDU PERCUMA

Sedikit info tambahan berkaitan Program Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) :

  • Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOp) yang ditetapkan.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Lesen Memandu Percuma, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :

10 thoughts on “PENDAFTARAN LESEN MEMANDU PERCUMA : SESI 2025 PANDUAN LENGKAP CARA MOHON SECARA ONLINE SEKARANG”

Leave a Comment