BANTUAN MYKAD RM100 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN MYKAD RM100 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Penyaluran bantuan tanpa tunai melalui MyKad penerima diperluas kepada 5.4 juta penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula April 2025 untuk pembelian barangan keperluan asas.

Bagaimanakah semakan status sama ada layak atau tidak penerima bantuan mykad rm100 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN 200 MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

PENERIMA SEDIA ADA
(0.7 JUTA PENERIMA)
PENERIMA BAHARU
(4.7 JUTA PENERIMA)
Berstatus Miskin/Miskin eKasih
dalam rekod data eKasih
Bukan eKasih
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Kategori
Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan
Kategori
Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

CHECK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKAD RM100

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh disemak melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai.

Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan; dan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

JUMLAH BANTUAN MYKAD 2025

Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(PENERIMA BERSTATUS EKASIH)
BAYARAN BULANAN
(PENERIMA BUKAN EKASIH)
Isi RumahRM200/bulan
(bermula April – Disember)
RM100/bulan
(bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM150/bulan
(bermula April – Disember)
RM50/bulan
(bermula April – Disember)
BujangRM50/bulan
(bermula Januari – Disember)

CARA GUNA BANTUAN MYKAD RM100 2025

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  3. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  4. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment